Antarabangsa
Ketua-ketua keluarga di Gaza tolak kerjasama dengan entiti selain Hamas
Ketua-ketua keluarga terkemuka di Gaza memaklumkan keengganan mereka bekerjasama dengan sesiapa sahaja selain daripada kerajaan dan agensi keselamatan di wilayah konflik itu yang diketuai Hamas.

- Ketua-ketua keluarga terkemuka di Gaza memaklumkan keengganan mereka bekerjasama dengan sesiapa sahaja selain daripada kerajaan dan agensi keselamatan di wilayah konflik itu yang diketuai Hamas.
- Perkara itu dimaklumkan kepada pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis lalu.
- Sumber dipetik Al Jazeera memberitahu bahawa ketua-ketua keluarga itu terbuka untuk bekerjasama dalam pengagihan bantuan, tetapi hanya jika ia diselaraskan sistem pentadbiran keselamatan Gaza.
- Khaberni melaporkan mereka menolak tawaran kerjasama penyelarasan oleh rejim Israel di wilayah konflik itu.
- Pakar ketenteraan dan strategik Mejar Jeneral Faysal Al-Dweiri dipetik Jordan News menyamakan cadangan pengagihan bantuan melalui puak-puak di Gaza menyamai langkah strategik Awakening Councils di Anbar, Iraq.
Ketua-ketua keluarga terkemuka di Gaza memaklumkan keengganan mereka bekerjasama dengan sesiapa sahaja selain daripada kerajaan dan agensi keselamatan di wilayah konflik itu yang diketuai Hamas.
Perkara itu dimaklumkan kepada pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis lalu.
Sumber dipetik Al Jazeera memberitahu bahawa ketua-ketua keluarga itu terbuka untuk bekerjasama dalam pengagihan bantuan, tetapi hanya jika ia diselaraskan sistem pentadbiran keselamatan Gaza.
Khaberni melaporkan mereka menolak tawaran kerjasama penyelarasan oleh rejim Israel di wilayah konflik itu.
Pakar ketenteraan dan strategik Mejar Jeneral Faysal Al-Dweiri dipetik Jordan News menyamakan cadangan pengagihan bantuan melalui puak-puak di Gaza menyamai langkah strategik Awakening Councils di Anbar, Iraq.
Beliau menyatakan idea itu cerminan taktik yang digunakan ketenteraan Amerika Syarikat (AS) ketika menjalankan operasi mereka di Iraq.
Awakening Councils muncul di Iraq susulan pencerobohan AS menentang pengaruh Al-Qaeda. Menyebabkan pakatan puak-puak Sunni mengurangkan pengaruh Al-Qaeda dengan ketara dengan bantuan tentera AS dan kerajaan Iraq.
Dweiri menjelaskan tentera pendudukan Israel cuba menubuhkan Awakening Councils versi baharu, pada mulanya tertumpu pada pengagihan bantuan sehingga kemudiannya menjurus kepada tanggungjawab keselamatan.
Bagaimanapun, Hamas dan kumpulan pembebasan Gaza yang lain menentang sekeras-kerasnya inisiatif itu, memandangnya sebagai percubaan untuk mengawal wilayah itu.
Laporan dari Channel 14 Israel menyatakan ketua perisikan Palestin, Majed Faraj dalam usaha membentuk pasukan bersenjata di selatan wilayah Gaza yang terdiri daripada keluarga-keluarga yang tidak sehaluan dengan Hamas untuk menguruskan agihan bantuan.
Sebagai tindak balas, seorang pegawai keselamatan Hamas mengisytiharkan sebarang komunikasi dengan barisan pendudukan Israel oleh ketua puak dan kaum di Gaza, dilabel sebagai pengkhianatan kepada negara dan menegaskan usaha Israel untuk menubuhkan badan pentadbiran di Gaza akan gagal. – The Merdeka Times
