Connect with us

Terkini

Kerajaan sedia pinda Perlembagaan Persekutuan perkasa undang-undang syariah – Menteri Agama

​​Kerajaan sedia mempertimbangkan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi memperkasa undang-undang syariah. 

Hidayah Sani

Published

on

Kerajaan sedia pinda Perlembagaan Persekutuan perkasa undang-undang syariah – Menteri Agama
Foto: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata pertimbangan itu akan dibuat sekiranya pindaan tersebut disyorkan Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-undang Islam yang terdiri daripada mereka yang pakar dalam Perlembagaan.
  • “Dan kalau itu menjadi penghalang ke arah usaha memperkasakan mahkamah syariah dan bagi mengelakkan sebarang bentuk konflik yang berlaku di antara mahkamah sivil dan mahkamah syariah, sudah tentu Kabinet akan mempertimbangkan dan terus bawa ke Parlimen untuk syor berkaitan pindaan (Perlembagaan Persekutuan),” katanya di Dewan Rakyat hari ini. 
  • Beliau menjawab soalan Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) berkenaan sama ada kerajaan bersedia meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengatasi konflik dalam undang-undang mahkamah syariah dan mahkamah sivil, khususnya berkaitan kes Nik Elin dan Iki Putra, sebagaimana disuarakan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Ahmad Saad@Yahaya terlebih dahulu, hari ini.

KUALA LUMPUR — ​​Kerajaan sedia mempertimbangkan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi memperkasa undang-undang syariah. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata pertimbangan itu akan dibuat sekiranya pindaan tersebut disyorkan Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-undang Islam yang terdiri daripada mereka yang pakar dalam Perlembagaan.

“Sekiranya syor dan kajian (jawatankuasa khas) tersebut membawa kepada keperluan untuk pindaan dibuat kepada mana-mana Perlembagaan Persekutuan dalam konteks ini apabila proses pengesyoran itu dibawa ke Majlis Raja-Raja dan dapat perkenan, kemudian dibawa ke Kabinet.

“Dan kalau itu menjadi penghalang ke arah usaha memperkasakan mahkamah syariah dan bagi mengelakkan sebarang bentuk konflik yang berlaku di antara mahkamah sivil dan mahkamah syariah, sudah tentu Kabinet akan mempertimbangkan dan terus bawa ke Parlimen untuk syor berkaitan pindaan (Perlembagaan Persekutuan),” katanya di Dewan Rakyat hari ini. 

Beliau menjawab soalan Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) berkenaan sama ada kerajaan bersedia meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengatasi konflik dalam undang-undang mahkamah syariah dan mahkamah sivil, khususnya berkaitan kes Nik Elin dan Iki Putra, sebagaimana disuarakan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Ahmad Saad@Yahaya terlebih dahulu, hari ini.

Na’im berkata pertikaian akan terus berlaku selagi mana ada konflik di antara mahkamah syariah dan mahkamah sivil, maka ia perlu diselesaikan dengan segera. 

Sebelum ini, media melaporkan Jawatankuasa khas mengkaji kompetensi DUN untuk menggubal undang-undang Islam diberikan tempoh setahun dari tarikh ia ditubuhkan bagi mengemukakan sebarang cadangan kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) sebelum diangkat kepada Majlis Raja-Raja untuk diperhalusi dan diperkenankan.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah semua pihak, termasuk pakar perundangan, supaya membantu memberi cadangan berilmiah, bernas dan praktikal bagi memudahkan jawatankuasa khas itu melaksanakan tugas mereka.

Baginda bertitah semua pihak, terutama umat Islam, supaya bertenang dan tidak menimbulkan sebarang kekecohan sementara menantikan cadangan jawatankuasa khas berkenaan.— The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah serang balas “100 roket Katyusha” ke Israel

Hizbullah Lubnan menyerang balas “100 roket Katyusha” menyasar dua kedudukan Israel pada Rabu selepas serangan rejim zionis di selatan Lubnan membunuh seorang komander kanan kumpulan itu.

Wartawan TMT

Published

on

Hizbullah serang balas “100 roket Katyusha” ke Israel
Foto : Gambar sekadar hiasan.
  • Hizbullah Lubnan menyerang balas “100 roket Katyusha” menyasar dua kedudukan Israel pada Rabu selepas serangan rejim zionis di selatan Lubnan membunuh seorang komander kanan kumpulan itu.
  • “Sebagai sebahagian daripada tindak balas terhadap serangan dan pembunuhan musuh” di bandar pantai selatan Tyre, Hizbullah menyerang dua kedudukan Israel di Dataran Tinggi Golan “dengan 100 roket Katyusha,” demikian menurut kenyataan kumpulan itu.
  • Awal hari ini, Hizbullah mengumumkan pembunuhan seorang komander kanannya pada Rabu dalam serangan Israel ke atas sebuah kenderaan di selatan Lubnan.

Hizbullah Lubnan menyerang balas “100 roket Katyusha” menyasar dua kedudukan Israel pada Rabu selepas serangan rejim zionis di selatan Lubnan membunuh seorang komander kanan kumpulan itu.

“Sebagai sebahagian daripada tindak balas terhadap serangan dan pembunuhan musuh” di bandar pantai selatan Tyre, Hizbullah menyerang dua kedudukan Israel di Dataran Tinggi Golan “dengan 100 roket Katyusha,” demikian menurut kenyataan kumpulan itu.

Roya News melaporkan Hizbullah mengumumkan pembunuhan seorang komander kanannya pada Rabu dalam serangan Israel ke atas sebuah kenderaan di selatan Lubnan.

“Seorang komander Hizbullah yang bertanggungjawab terhadap salah satu daripada tiga sektor di selatan Lubnan terbunuh” dalam “serangan Israel ke atas sebuah kereta di Tyre”, kata sumber kepada Agence France-Presse (AFP).

Komander terbunuh ialah Mohamed Naim Nasser, 59 tahun, ketua unit Aziz Hizbullah yang mengawal salah satu daripada tiga bahagian wilayah selatan Lubnan.

Unit itu bertanggungjawab terhadap daerah timur di sempadan Lubnan dan Israel. – The Merdeka Times

 

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending