Antarabangsa
Ibu kota Belgium haramkan pembelian produk Israel
Majlis Bandaraya Brussels di Belgium meluluskan usul untuk menghentikan perolehan awam produk dari penempatan haram Israel di wilayah Palestin diduduki.
- Majlis Bandaraya Brussels di Belgium meluluskan usul untuk menghentikan perolehan awam produk dari penempatan haram Israel di wilayah Palestin diduduki.
- Usul dibawa Ahli Majlis Bandaraya Brussels, Benoit Hellings itu sebulat suara diterima pakai dalam satu undian pada lewat Isnin, lapor agensi berita Anadolu.
- Usul itu meminta pihak berkuasa tempatan memastikan pembeliannya tidak memberi manfaat kepada syarikat yang operasinya tidak menghormati undang-undang antarabangsa, hak asasi manusia atau undang-undang alam sekitar.
Majlis Bandaraya Brussels di Belgium meluluskan usul untuk menghentikan perolehan awam produk dari penempatan haram Israel di wilayah Palestin diduduki.
Usul dibawa Ahli Majlis Bandaraya Brussels, Benoit Hellings itu sebulat suara diterima pakai dalam satu undian pada lewat Isnin, lapor agensi berita Anadolu.
Usul itu meminta pihak berkuasa tempatan memastikan pembeliannya tidak memberi manfaat kepada syarikat yang operasinya tidak menghormati undang-undang antarabangsa, hak asasi manusia atau undang-undang alam sekitar.
Kesatuan Eropah (EU) pada 2015 mengeluarkan garis panduan baharu untuk pelabelan produk dari penempatan haram Israel di wilayah Palestin yang diduduki.
Di bawah undang-undang antarabangsa, semua penempatan Yahudi di wilayah Palestin yang diduduki dianggap sebagai penempatan tidak sah. – The Merdeka Times