Connect with us

Terkini

(VIDEO) Hentikan usaha promosi LGBT – Menteri Agama

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Nai’im Mokhtar mengingatkan pihak tertentu untuk menghentikan usaha mempromosikan budaya berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Hentikan usaha promosi LGBT – Menteri Agama
Foto: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Nai’im Mokhtar.
  • “Daripada sudut pendirian dan pandangan kerajaan jelas di bawah Perlembagaan Persekutuan jelas bahawa kita tidak menerima amalan LGBT, kita tidak menerima sebarang usaha promosi LGBT. 
  • “Jadi sebarang usaha-usaha ke arah mempromosikan LGBT saya harapkan daripada sudut agama kita kena hentikan. 
  • “Kita nak lahirkan masyarakat yang tenang dan menghormati undang-undang dan budaya agama di negara kita. Daripada sudut keagamaan pandangan hal ehwal agama kita memang tidak boleh menerimanya,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Nai’im Mokhtar dipetik MalaysiaGazette ketika ditemui selepas melancarkan Bulan Wakaf Kebangsaan Tahun 2024 di sini pada Isnin.
  • Media sebelum ini melaporkan polis membuka kertas siasatan berhubung penganjuran himpunan Women’s March Malaysia (WMMY) 2024 yang diadakan di hadapan pusat beli-belah Sogo pada Sabtu.
  • Lebih 200 individu dilapor menyertai perarakan WMMY 2024 yang antara agendanya untuk mengangkat agenda wanita sejagat dan didakwa ia turut disertai pejuang LGBT yang secara tidak langsung menunjukkan komuniti itu dilihat semakin berani ke depan. 

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Nai’im Mokhtar mengingatkan pihak tertentu untuk menghentikan usaha mempromosikan budaya berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). 

Na’im berkata budaya songsang berkenaan bukan sahaja bertentangan Perlembagaan Persekutuan, bahkan bercanggah budaya di Malaysia.

“Daripada sudut pendirian dan pandangan kerajaan jelas di bawah Perlembagaan Persekutuan jelas bahawa kita tidak menerima amalan LGBT, kita tidak menerima sebarang usaha promosi LGBT. 

“Jadi sebarang usaha-usaha ke arah mempromosikan LGBT saya harapkan daripada sudut agama kita kena hentikan. 

“Kita nak lahirkan masyarakat yang tenang dan menghormati undang-undang dan budaya agama di negara kita. Daripada sudut keagamaan pandangan hal ehwal agama kita memang tidak boleh menerimanya,” katanya dipetik MalaysiaGazette ketika ditemui selepas melancarkan Bulan Wakaf Kebangsaan Tahun 2024 di sini pada Isnin.

Sebelum ini, media melaporkan polis membuka kertas siasatan berhubung penganjuran himpunan Women’s March Malaysia (WMMY) 2024 yang diadakan di hadapan pusat beli-belah Sogo pada Sabtu.

Lebih 200 individu dilapor menyertai perarakan WMMY 2024 yang antara agendanya untuk mengangkat agenda wanita sejagat dan didakwa ia turut disertai pejuang LGBT yang secara tidak langsung menunjukkan komuniti itu dilihat semakin berani ke depan. 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahya dilaporkan sebagai berkata pihaknya akan memanggil penganjur himpunan itu bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 15 Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Mengulas siasatan itu, Mohd Na’im menyerahkan tindakan selanjutnya kepada pihak polis. 

“Saya percaya ada laporan polis dibuat terhadap perhimpunan tersebut. Jadi saya serahkan kepada pihak polis sepenuhnya untuk jalankan siasatan dan kemudian membuat tindakan hasil daripada siasatan yang telah dibuat,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *