Antarabangsa
AS abai iktiraf kekejaman Israel di Gaza supaya boleh terus hantar senjata
Amerika Syarikat (AS) berkata ia tidak menetapkan sama ada Israel telah melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa walaupun setelah hampir enam bulan berlangsungnya peperangan.

- Amerika Syarikat (AS) berkata ia tidak menetapkan sama ada Israel telah melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa walaupun setelah hampir enam bulan berlangsungnya peperangan.
- Israel membunuh lebih 32,000 rakyat Palestin di Gaza dan menyebabkan lebih 80 peratus penduduknya kehilangan tempat tinggal.
- Ini termasuk pemusnahan sebahagian besar wilayah konflik itu dengan sekatan menyesakkan yang mendorong Gaza memasuki ambang kebuluran.
- Dakwaan Washington yang diumumkan minggu ini adalah sebahagian proses pengawasan pemindahan senjata kepada sekutunya mencetuskan kekeliruan dan kecaman daripada kumpulan hak asasi manusia.
- “Ia mengundang ejekan dan hinaan satu dunia untuk mendengar kenyataan sedemikian dikeluarkan di hadapan dunia oleh pentadbiran Biden,” kata Pengarah Democracy For The Arab World Now, Sarah Leah Whitson dipetik Al Jazeera pada Rabu.
Amerika Syarikat (AS) berkata ia tidak menetapkan sama ada Israel telah melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa walaupun setelah hampir enam bulan berlangsungnya peperangan.
Israel membunuh lebih 32,000 rakyat Palestin di Gaza dan menyebabkan lebih 80 peratus penduduknya kehilangan tempat tinggal.
Ini termasuk pemusnahan sebahagian besar wilayah konflik itu dengan sekatan menyesakkan yang mendorong Gaza memasuki ambang kebuluran.
Dakwaan Washington yang diumumkan minggu ini adalah sebahagian proses pengawasan pemindahan senjata kepada sekutunya mencetuskan kekeliruan dan kecaman daripada kumpulan hak asasi manusia.
Pengarah Democracy For The Arab World Now, Sarah Leah Whitson berkata, “ia tidak masuk akal”.
“Ia mengundang ejekan dan hinaan satu dunia untuk mendengar kenyataan sedemikian dikeluarkan di hadapan dunia oleh pentadbiran Biden,” kata Whitson dipetik Al Jazeera pada Rabu.
Undang-undang AS melarang pemberian senjata kepada negara yang terlibat dalam pelanggaran hak asasi manusia.
Kumpulan advokasi memberitahu pentadbiran Presiden Joe Biden mengubah fakta dan menafikan pencabulan-pencabulan Israel yang telah didokumentasikan dengan baik supaya ia dilihat mematuhi peraturan.
Whitson memaklumkan Biden sendiri menyifatkan pengeboman Israel ke atas Gaza sebagai “secara sembarangan” yang menetapkannya sebagai jenayah perang dan Washington secara terbuka mengaku Israel penghalang bahan bantuan memasuki wilayah konflik itu. – The Merdeka Times
