Terkini
Apa tujuan keluar memo siasat PASTI yang bukan entiti perniagaan? – Ketua Pemuda PAS
Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) milik Parti Islam Se-Malaysia (PAS) adalah aktiviti sukarelawan melibatkan ahli parti dan tidak membabitkan aktiviti antara pekerja dan majikan serta bukan aktiviti perniagaan.
- Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) milik PAS adalah aktiviti sukarelawan melibatkan ahli parti dan tidak membabitkan aktiviti antara pekerja dan majikan serta bukan aktiviti perniagaan.
- Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata pihaknya kini hairan PASTI ditekan sejak kebelakangan ini di bawah Menteri Sumber Manusia yang baharu, selepas 40 tahun ia ditubuhkan secara sah.
- “Menteri tidak jawab soalan saya, apa tujuan dibuat siasatan di premis Pasti, keluar memo dari Kementerian Sumber Manusia mengarahkan Jabatan Tenaga Kerja (Semenanjung Malaysia) melakukan pemeriksaan di semua premis Pasti.
- “Saya ada beberapa fakta dan dokumen yang boleh jadi bukti yang pertama Pasti bukan entiti perniagaan atau sebuah tadika, Pasti merupakan aktiviti parti Pas untuk anak-anak ahli dan penyokong Pasti seperti peruntukan di bawah fasal 62 Perlembagaan Pasti pindaan 2020.
- “Yang kedua program aktiviti Pasti ini diiktiraf di bawah peruntukan undang-undang sedia ada di bawah Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966 yang menyebut keputusan parti politik adalah muktamad dan konklusif dan itu punca kuasa yang diberikan kepada Pas untuk menjalankan aktiviti Pasti,” katanya dipetik MalaysiaGazette pada sidang media di Parlimen di sini pada Selasa.
KUALA LUMPUR – Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) milik Parti Islam Se-Malaysia (PAS) adalah aktiviti sukarelawan melibatkan ahli parti dan tidak membabitkan aktiviti antara pekerja dan majikan serta bukan aktiviti perniagaan.
Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata pihaknya kini hairan PASTI ditekan sejak kebelakangan ini di bawah Menteri Sumber Manusia yang baharu, selepas 40 tahun ia ditubuhkan secara sah.
Afnan Hamimi yang juga Ahli Parlimen Alor Setar berkata pihaknya tidak mahu menuduh wujud satu agenda lain, namun tidak mahu juga masyarakat melihat kerajaan sedia ada tidak begitu selesa atau suka kepada pendidikan Islam pra sekolah.
“Menteri tidak jawab soalan saya, apa tujuan dibuat siasatan di premis Pasti, keluar memo dari Kementerian Sumber Manusia mengarahkan Jabatan Tenaga Kerja (Semenanjung Malaysia) melakukan pemeriksaan di semua premis Pasti.
“Saya ada beberapa fakta dan dokumen yang boleh jadi bukti yang pertama Pasti bukan entiti perniagaan atau sebuah tadika, Pasti merupakan aktiviti parti Pas untuk anak-anak ahli dan penyokong Pasti seperti peruntukan di bawah fasal 62 Perlembagaan Pasti pindaan 2020.
“Yang kedua program aktiviti Pasti ini diiktiraf di bawah peruntukan undang-undang sedia ada di bawah Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966 yang menyebut keputusan parti politik adalah muktamad dan konklusif dan itu punca kuasa yang diberikan kepada Pas untuk menjalankan aktiviti Pasti,” katanya dipetik MalaysiaGazette pada sidang media di Parlimen di sini pada Selasa.
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim sebelum ini di Dewan Rakyat dilaporkan berkata kerajaan tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana majikan, termasuk parti politik jika berlaku perlanggaran hak pekerja.
Steven Sim berkata pendirian kerajaan tetap dan tegas bahawa pekerja berhak ke atas gaji mereka dan ia bukan satu perkara boleh dipermainkan.
Ia berkaitan satu memo daripada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia yang tular mengenai satu arahan siasatan pemeriksaan berkanun terhadap PASTI, selain Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) dan Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam atau SMITI yang didakwa membayar gaji rendah kepada kakitangan di bawah daripada kadar gaji minimum iaitu RM1,500.
Guru-guru PASTI didakwa dibayar serendah RM500 bergantung kepada yuran yang dibayar ibu bapa dan yurannya pula berbeza mengikut kawasan bandar atau pedalaman.
Mereka tidak mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan tidak mempunyai pencen dan dikatakan tidak dibayar tuntutan kerja lebih masa. — The Merdeka Times