Connect with us

Antarabangsa

60,000 wanita hamil di Gaza kekurangan zat makanan, dehidrasi – Kementerian Kesihatan

Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf al-Qudra menyeru institusi wanita seluruh dunia berdiri bersama wanita Palestin dan menuntut supaya dihentikan pencerobohan rejim zionis.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

60,000 wanita hamil di Gaza kekurangan zat makanan, dehidrasi – Kementerian Kesihatan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf al-Qudra menyeru institusi wanita seluruh dunia berdiri bersama wanita Palestin dan menuntut supaya dihentikan pencerobohan rejim zionis.
  • 8 Mac merupakan Hari Wanita Antarabangsa dan Ashraf al-Qudra memberikan maklumat terkini cabaran dihadapi wanita di wilayah itu.
  • Al-Qudra berkata sekitar 5,000 wanita bersalin setiap bulan di wilayah itu dalam situasi yang menurutnya “kasar, tiada keselamatan dan tidak menyihatkan”.
  • Sekitar 60,000 wanita sedang hamil tanpa penjagaan kesihatan yang baik selain mengalami dehidrasi dan kekurangan zat makanan.
  • “Kami menyeru institusi wanita seluruh dunia untuk berdiri bersama wanita Palestin dan menuntut dihentikan pencerobohan Israel,” kata Al-Qudra dipetik Al Jazeera.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf al-Qudra menyeru institusi wanita seluruh dunia berdiri bersama wanita Palestin dan menuntut supaya dihentikan pencerobohan rejim zionis.

8 Mac merupakan Hari Wanita Antarabangsa dan Ashraf al-Qudra memberikan maklumat terkini cabaran dihadapi wanita di wilayah itu.

Al-Qudra berkata sekitar 5,000 wanita bersalin setiap bulan di wilayah itu dalam situasi yang menurutnya “kasar, tiada keselamatan dan tidak menyihatkan”.

Sekitar 60,000 wanita sedang hamil tanpa penjagaan kesihatan yang baik selain mengalami dehidrasi dan kekurangan zat makanan.

“Kami menyeru institusi wanita seluruh dunia untuk berdiri bersama wanita Palestin dan menuntut dihentikan pencerobohan Israel,” kata Al-Qudra dipetik Al Jazeera.

Sekurang-kurangnya 30,800 rakyat Palestin terbunuh dan 72,198 cedera dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober. 

Angka kematian di Israel akibat serangan Hamas pada 7 Oktober berjumlah 1,139 dan puluhan yang lain terus ditahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *