Antarabangsa
(VIDEO) Perang Gaza: Pemimpin antarabangsa pengecut, memalukan! – Leila Hatoum
Halangan bantuan masuk ke Gaza bukan sekadar disebabkan Israel, tetapi juga disebabkan sikap “pengecut kolektif antarabangsa”, kata Pakar Hal Ehwal Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA), Leila Hatoum.
Halangan bantuan masuk ke Gaza bukan sekadar disebabkan Israel, tetapi juga disebabkan sikap “pengecut kolektif antarabangsa”, kata Pakar Hal Ehwal Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA), Leila Hatoum.
Leila yang juga ahli ekonomi politik berkata demikian dalam sebuah video dimuat naik di platform X miliknya.
“Ia bukan sahaja kekurangan kemahuan kolektif seluruh dunia, tetapi ia juga melibatkan orang Israel.
“Satu pendudukan penjajah peneroka (merujuk Israel), melarang apa sahaja bantuan masuk ke utara Gaza untuk membantu lebih 600,000 rakyat Palestin untuk terus hidup.
“Pada dasarnya, sikap pengecut kolektif antarabangsa penghalang (kepada) mereka untuk mencabar Israel. Kamu semua memalukan!,” kata Leila.
Leila turut mempersoalkan perbincangan beberapa negara untuk membuat penghantaran bantuan melalui udara (airdrop) yang disebut beberapa negara sebelum ini.
“Orang sedang dibunuh di Gaza. Dan Majlis Keselamatan PBB bincangkan bantuan airdrop (bantuan udara) untuk Gaza. Algeria bercakap mengenainya.
“Turkiye mahu melakukannya pada satu masa dulu atau kelak, kami tidak pasti, tetapi pada dasarnya mereka mengalu-alukan idea itu dan ada pegawai tertinggi mereka bercakap mengenainya.
“Apa yang menghalangnya ketika ini? (merujuk kepada hantaran bantuan melalui udara),” kata Leila dalam video hantarannya pada 4 Februari lalu. – The Merdeka Times
View this post on Instagram