Antarabangsa
Syria sedia ‘berperang’ dengan Israel – Menteri Luar Syria
Damsyik sudah bersiap siaga bagi mempertahankan wilayahnya yang dijangka bakal berhadapan dengan krisis ketenteraan melibatkan Israel.
- Damsyik sudah bersiap siaga bagi mempertahankan wilayahnya yang dijangka bakal berhadapan dengan krisis ketenteraan melibatkan Israel.
- “Syria telah berperang melawan (rejim) pendudukan Israel, dan bersedia untuk peperangan, tetapi akan menentukan (sendiri) bila dan bagaimana,” tegas Menteri Luar Syria itu.
- Mekdad turut menegaskan kepentingan mendapatkan kembali Bukit Golan yang merupakan sebahagian daripada barat daya Syria yang dikawal Israel sejak 1967.
Damsyik sudah bersiap siaga bagi mempertahankan wilayahnya yang dijangka bakal berhadapan dengan krisis ketenteraan melibatkan Israel.
Menteri Luar Syria, Faisal Mekdad berkata demikian saat melihat krisis antara dua negara kian berpanjangan.
Mekdad mengulas perkara itu dalam sebuah mesyuarat bersama Menteri Luar Iran, Hossein Amir-Abdollahian, dimana mereka sedang membincangkan sokongan buat rakyat Palestin yang terlibat dalam peperangan antara Hamas dan zionis di Gaza.
Menurut Mekdad, Syria “telah menentang” Israel sejak 1948, semasa tercetusnya perang besar pertama antara beberapa negara Arab dengan negara Yahudi yang baru ditubuhkan pada ketika itu.
“Syria telah berperang melawan (rejim) pendudukan Israel, dan bersedia untuk peperangan, tetapi akan menentukan (sendiri) bila dan bagaimana,” tegas Menteri Luar Syria itu.
Mekdad turut menegaskan kepentingan mendapatkan kembali Bukit Golan yang merupakan sebahagian daripada barat daya Syria yang dikawal Israel sejak 1967.
Tambahnya, menamatkan pendudukan Israel di Bukit Golan antara keutamaan tertinggi syria saat ini sambil menambah Syria bersedia menanggung segala risiko bagi operasi pembebasan tersebut.
Awal bulan ini, tentera AS melancarkan serangan udara di Syria sebagai tindak balas terhadap serangan roket dan dron ke atas pangkalan tentera Amerika di rantau itu.
Menurut Pentagon, ia menyasarkan kumpulan militan Iran yang menjadi dalang di sebalik pengeboman 28 Januari lalu di sebuah lokasi kem tentera AS di Jordan yang dikenali sebagai Menara 22.
Dalam serangan itu, tiga askar AS terbunuh manakala Syria mengutuk serangan di wilayahnya itu sebagai serangan “haram” di bawah undang-undang antarabangsa. – The Merdeka Times