Connect with us

Antarabangsa

Russia, China bertelagah dengan AS dan UK berhubung serangan ke atas Yaman

Russia dan China pada Rabu menuduh Amerika Syarikat (AS) dan Britain (UK) melakukan serangan haram dengan menyerang tapak ketenteraan pemberontak Houthi di Yaman.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Wakil Tetap China ke PBB, Zhang Jun (kiri) dan Timbalan Duta Russia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Dmitry Polyansky (kanan).
  • Russia dan China pada Rabu menuduh Amerika Syarikat (AS) dan Britain (UK) melakukan serangan haram dengan menyerang tapak ketenteraan pemberontak Houthi di Yaman.
  • Lokasi itu merupakan tempat pelancaran peluru berpandu ke atas kapal komersial di Laut Merah yang bertujuan mengganggu laluan perkapalan global.
  • Timbalan Duta Besar AS, Robert Wood dan Duta Besar UK, Barbara Woodward membalas menyatakan dengan berkata serangan Houthi menyalahi undang-undang, manakala tindakan “undang-undang dan berkadaran” mereka terhadap pemberontak Yaman itu dilakukan atas dasar mempertahankan diri.
  • Woodward berkata serangan Houthi “meningkatkan kos perkapalan global, termasuk kos bekalan makanan dan bantuan kemanusiaan rantau ini”.
  • Bagaimanapun, Timbalan Duta Russia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Dmitry Polyansky dan Wakil Tetap China ke PBB, Zhang Jun berhujah bahawa Majlis Keselamatan PBB tidak pernah membenarkan tindakan ketenteraan ke atas Yaman.

Russia dan China pada Rabu menuduh Amerika Syarikat (AS) dan Britain (UK) melakukan serangan haram dengan menyerang tapak ketenteraan pemberontak Houthi di Yaman.

Lokasi itu merupakan tempat pelancaran peluru berpandu ke atas kapal komersial di Laut Merah yang bertujuan mengganggu laluan perkapalan global.

Timbalan Duta Besar AS, Robert Wood dan Duta Besar UK, Barbara Woodward membalas menyatakan dengan berkata serangan Houthi menyalahi undang-undang, manakala tindakan “undang-undang dan berkadaran” mereka terhadap pemberontak Yaman atas dasar mempertahankan diri.

Woodward turut berkata serangan Houthi “meningkatkan kos perkapalan global, termasuk kos bekalan makanan dan bantuan kemanusiaan rantau ini”.

Bagaimanapun, Timbalan Duta Russia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Dmitry Polyansky dan Wakil Tetap China ke PBB, Zhang Jun berhujah bahawa Majlis Keselamatan PBB tidak pernah membenarkan tindakan ketenteraan ke atas Yaman.

Pertelingkahan itu berlaku pada mesyuarat majlis bila mana Utusan Khas PBB ke Yaman, Hans Grundberg berkata usaha memulihkan keamanan di Yaman dilihat perlahan.

Perkara itu berpunca daripada meningkatnya ketegangan serantau yang dikaitkan dengan peperangan di Gaza dan “khususnya peningkatan ketenteraan di Laut Merah”.

Sejak November lalu, kumpulan Houthi menyasarkan kapal di Laut Merah untuk menuntut gencatan senjata dalam serangan Israel ke atas wilayah Gaza. – The Merdeka Times

Author