Connect with us

Antarabangsa

Netanyahu tolak cadangan Hamas untuk tamatkan konflik Gaza

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menolak cadangan dikemukakan Hamas untuk menamatkan konflik di wilayah Gaza.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
  • Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menolak cadangan dikemukakan Hamas untuk menamatkan konflik di wilayah Gaza.
  • Netanyahu memberi respons kepada pemberita semalam bahawa “tiada penyelesaian lain selain dari kemenangan total” ke atas kumpulan pembebasan Palestin itu.
  • Dokumen Hamas didatangkan dengan cadangan gencatan senjata tiga peringkat selama 135 hari di mana tebusan Israel akan ditukar dengan tahanan-tahanan Palestin, kerja-kerja pembinaan semula di Gaza dimulakan dan rundingan gencatan senjata kekal diadakan dalam masa sama tentera Israel berundur dari wilayah konflik itu.
  • RT melaporkan teks cadangan itu dibocorkan kepada Reuters pada Selasa dan kemudiannya ditolak Netanyahu sehari kemudian.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menolak cadangan dikemukakan Hamas untuk menamatkan konflik di wilayah Gaza.

Netanyahu memberi respons kepada pemberita semalam bahawa “tiada penyelesaian lain selain dari kemenangan total” ke atas kumpulan pembebasan Palestin itu.

Dokumen Hamas didatangkan dengan cadangan gencatan senjata tiga peringkat selama 135 hari di mana tebusan Israel akan ditukar dengan tahanan-tahanan Palestin, kerja-kerja pembinaan semula di Gaza dimulakan dan rundingan gencatan senjata kekal diadakan dalam masa sama tentera Israel berundur dari wilayah konflik itu.

RT melaporkan teks cadangan itu dibocorkan kepada Reuters pada Selasa dan kemudiannya ditolak Netanyahu sehari kemudian.

“Menyerah kepada tuntutan khayalan Hamas, yang baru kita dengar, bukan sahaja tidak akan membawa kepada kebebasan tebusan, ia hanya akan mengundang bertambahnya penyembelihan; ia akan mengundang malapetaka bagi Israel yang tidak diingini oleh rakyat Israel,” kata Netanyahu pada sidang media.

Tentera Israel melancarkan perang terhadap Hamas selama lebih 120 hari dan Netanyahu mendakwa mendapat hasil yang “belum pernah berlaku sebelum ini” ke atas kumpulan pejuang Palestin itu.

Walau bagaimanapun, ketika Netanyahu mendakwa tentera Israel membunuh 20,000 pejuang Hamas, Kementerian Kesihatan Gaza menyatakan bahawa kira-kira dua pertiga daripada 27,000 warga Palestin terbunuh di Gaza adalah wanita dan kanak-kanak.

Sehingga akhir bulan lalu, pegawai perisikan Amerika Syarikat percaya Israel membunuh hanya sekitar 5,000 penentangnya, demikian menurut Wall Street Journal. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *