Connect with us

Terkini

MMA gesa kerajaan kaji semula syarat program ‘Parallel Pathway’ pegawai perubatan

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa kerajaan melihat semula syarat yang menetapkan calon mahu mengambil Latihan Ijazah Lanjutan Kepakaran atau ‘Parallel Pathway’ perlu mendapatkan biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP). 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa kerajaan melihat semula syarat yang menetapkan calon mahu mengambil Latihan Ijazah Lanjutan Kepakaran atau ‘Parallel Pathway’ perlu mendapatkan biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP). 
  • “Biasiswa HLP itu tidak sepatutnya menjadi mandatori untuk mereka mengikut program ijazah lanjutan kepakaran, kerana doktor berkenaan sebenarnya bersedia untuk membiayai latihan kepakaran mereka sendiri tanpa terikat dengan biasiswa kerajaan. 
  • “Syarat yang ditetapkan ini menyekat peluang yang ada, mewujudkan ketidakpastian dan membataskan peluang bagi mendapatkan HLP,” kata Presiden MMA, Dr Azizan Abdul Aziz dipetik Berita Harian di sini hari ini.
  • Dr Azizan menjelaskan perubahan itu juga akan menyebabkan Malaysia terus mengalami kekurangan doktor pakar dalam semua bidang kepakaran perubatan. 

KUALA LUMPUR — Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa kerajaan melihat semula syarat yang menetapkan calon mahu mengambil Latihan Ijazah Lanjutan Kepakaran atau ‘Parallel Pathway’ perlu mendapatkan biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP). 

Presidennya, Dr Azizan Abdul Aziz berkata syarat ditetapkan itu dilihat menyekat peluang calon mendapatkan tempat untuk mengikuti program berkenaan. 

Pada masa ini pegawai perubatan dalam sektor penjagaan kesihatan awam, yang memohon program sarjana perubatan daripada universiti atau program ‘Parallel Pathway’ di dalam dan luar negara dikehendaki memohon HLP yang juga biasiswa kerajaan.

“Biasiswa HLP itu tidak sepatutnya menjadi mandatori untuk mereka mengikut program ijazah lanjutan kepakaran, kerana doktor berkenaan sebenarnya bersedia untuk membiayai latihan kepakaran mereka sendiri tanpa terikat dengan biasiswa kerajaan. 

“Syarat yang ditetapkan ini menyekat peluang yang ada, mewujudkan ketidakpastian dan membataskan peluang bagi mendapatkan HLP.

“Kami dimaklumkan doktor yang layak dan telah memohon latihan kepakaran terpaksa menunggu antara satu hingga empat tahun bagi mendapatkan HLP. 

“Isu seperti ini hanya mempengaruhi pengeluaran pakar perubatan yang sangat diperlukan oleh negara ketika ini,” katanya dipetik Berita Harian di sini hari ini.

Dr Azizan menjelaskan perubahan itu juga akan menyebabkan Malaysia terus mengalami kekurangan doktor pakar dalam semua bidang kepakaran perubatan. 

Beliau berkata ketika ini daripada 13,000 pakar yang sedang berkhidmat di negara ini, hanya kira-kira 9,000 saja berkhidmat dalam penjagaan kesihatan awam. 

“Perlu diingatkan bahawa lebih daripada 70 peratus penduduk negara ini bergantung kepada sistem penjagaan kesihatan awam bagi memenuhi keperluan kesihatan mereka. 

“Nisbah penduduk Malaysia kepada pakar pada masa ini adalah 10,000 bagi setiap empat doktor jumlah yang sangat berbeza dengan purata ditetapkan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), iaitu 10,000:14.3,” katanya. 

Beliau turut bimbang sasaran ditetapkan kerajaan untuk mempunyai 28,000 doktor pakar menjelang 2030 tidak mungkin dicapai kerana jumlah pakar dihasilkan sekarang hanya dalam anggaran kira-kira 1,000 setiap tahun. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *