Connect with us

Antarabangsa

Mesir ugut gantung perjanjian damai jika rejim zionis serang Rafah

Mesir berkemungkinan menggantung perjanjian damai dengan Israel jika rejim zionis itu berterusan menyerang Rafah.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Presiden Mesir, Abdul Fattah al-Sisi (kiri) dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kanan).
  • Mesir berpotensi menghentikan perjanjian damai dengan Israel jika rejim pengganas itu terus menerus menyerang Rafah, dua pegawai Mesir dan seorang diplomat Barat memberitahu AP Ahad lalu.
  • ABC News melaporkan, Netanyahu menganggap Rafah sebagai kubu terakhir Hamas setelah peperangan lebih empat bulan itu dan menghantar tentera darat di kawasan tersebut menurutnya penting untuk mengalahkan kumpulan itu.
  • Mesir menentang apa sahaja tindakan yang menyebabkan rakyat Palestin dalam keterdesakan diusir keluar merentasi sempadan wilayahnya.

Mesir berkemungkinan menggantung perjanjian damai dengan Israel jika rejim zionis itu berterusan menyerang Rafah.

Perkara itu disahkan dua pegawai Mesir dan seorang diplomat Barat yang memberitahu agensi berita AP Ahad lalu.

Netanyahu sebelum ini menyatakan bahawa Rafah adalah kubu terakhir Hamas yang perlu dihapuskan zionis dan bagi merealisasikan hasrat itu, tentera penjajah Israel akan melaksanakan serangan darat di kawasan tersebut.

Pemimpin negara haram tersebut turut mengarahkan ketenteraan Israel untuk menyiapkan rancangan bagi memindahkan semua rakyat Palestin sebelum serangan dilakukan.

Mesir secara konsisten menentang sebarang tindakan yang menyebabkan rakyat Palestin dalam keterdesakan melarikan diri merentasi sempadan wilayahnya.

Serangan zionis di Rafah turut membantutkan kemasukan trak bantuan kemanusiaan sekaligus memburukkan lagi krisis kebuluran di dalam Gaza.

Rafah yang sebelum ini diduduki 280,000 penduduk kini semakin padat apabila lebih 1.4 juta penduduk Gaza mencari perlindungan di kawasan tersebut.– The Merdeka times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *