Terkini
Manual etika kewartawanan bakal dilancar bulan ini – Fahmi
Kementerian Komunikasi dengan kerjasama Jabatan Penerangan akan melancarkan manual etika kewartawanan bulan ini yang bakal memberi penegasan tentang beberapa aspek, termasuk pengesahan sebarang berita.
- Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata pihaknya sudah bertemu dengan wakil Jabatan Penerangan semalam dan melakukan sedikit penyelarasan berkenaannya.
- “Kita jangkakan selepas Tahun Baharu Cina, kita akan mencari tarikh yang sesuai untuk melancarkan manual ini,” katanya dipetik Berita Harian selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi Bil.2/2024 di Putrajaya pada Selasa.
- Beliau berkata manual akan dilancarkan itu memberi penegasan kepada aspek tertentu termasuk pengesahan sesuatu berita dan beberapa fungsi lain.
KUALA LUMPUR — Kementerian Komunikasi dengan kerjasama Jabatan Penerangan akan melancarkan manual etika kewartawanan bulan ini yang bakal memberi penegasan tentang beberapa aspek, termasuk pengesahan sebarang berita.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata pihaknya sudah bertemu dengan wakil Jabatan Penerangan semalam dan melakukan sedikit penyelarasan berkenaannya.
“Kita jangkakan selepas Tahun Baharu Cina, kita akan mencari tarikh yang sesuai untuk melancarkan manual ini,” katanya dipetik Berita Harian selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi Bil.2/2024 di Putrajaya pada Selasa.
Beliau berkata manual akan dilancarkan itu memberi penegasan kepada aspek tertentu termasuk pengesahan sesuatu berita dan beberapa fungsi lain.
“Insya-Allah, dekat dengan tarikh itu dan setelah selesai sedikit lagi penelitian, kita boleh kongsi lebih banyak isi kandungannya,” katanya. — The Merdeka Times