Antarabangsa
Israel tidak akan bayar apa saja harga untuk bebaskan warganya di Gaza
Israel tidak akan bertindak membayar apa sahaja harga bagi tawanan warganya di Gaza dikembalikan.
- Israel tidak akan bertindak membayar apa sahaja harga bagi tawanan warganya di Gaza dikembalikan.
- Perkara itu ditegaskan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Kewangan, Bezalel Smotrich pada Selasa di tengah-tengah rundingan berterusan untuk membebaskan warga Israel, lapor Reuters.
- Ditanya tentang 134 tawanan Israel yang masih berada di Gaza, Smotrich memberitahu Radio Kan bahawa pembebasan mereka “sangat penting” tetapi mereka tidak boleh diselamatkan “dengan apa sahaja kos”.
- Smotrich berkata cara untuk membebaskan mereka adalah dengan meningkatkan tekanan ketenteraan ke atas Gaza dan kalahkan Hamas, kumpulan yang mentadbir wilayah itu.
- Kenyataannya itu mendapat teguran pihak ketua pembangkang, Yair Lapid dan Menteri Benny Gantz, menimbulkan kemarahan beberapa keluarga tebusan yang cuba meningkatkan tekanan ke atas kerajaan supaya perjanjian diadakan.
Israel tidak akan bertindak membayar apa sahaja harga bagi tawanan warganya di Gaza dikembalikan.
Perkara itu ditegaskan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Kewangan, Bezalel Smotrich pada Selasa di tengah-tengah rundingan berterusan untuk membebaskan warga Israel, lapor Reuters.
Ditanya tentang 134 tawanan Israel yang masih berada di Gaza, Smotrich memberitahu Radio Kan bahawa pembebasan mereka “sangat penting” tetapi mereka tidak boleh diselamatkan “dengan apa sahaja kos”.
Smotrich berkata cara untuk membebaskan mereka adalah dengan meningkatkan tekanan ketenteraan ke atas Gaza dan mengalahkan kumpulan Hamas yang mentadbir wilayah Palestin itu.
Kenyataannya itu mendapat teguran Ketua Pembangkang, Yair Lapid dan Menteri Benny Gantz menimbulkan kemarahan beberapa keluarga tebusan yang cuba meningkatkan tekanan ke atas kerajaan supaya perjanjian diadakan.
Sejurus selepas temu bual radio itu, Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan yang menyebelahi pendirian Smotrich.
“Terdapat banyak tekanan ke atas Israel dari dalam dan luar negara supaya peperangan dihentikan sebelum kami mencapai semua sasaran kami, termasuk perjanjian supaya tebusan (dapat) dilepaskan pada apa sahaja harga.
“Kami tidak sanggup membayar pada apa sahaja harga, pastinya bukan dengan kos khayalan yang dituntut Hamas daripada kami, yang bermaksud kekalahan bagi negara Israel,” kata Netanyahu semalam. – The Merdeka Times