Antarabangsa
Israel arah pengantara tekan Hamas ubah syarat gencatan senjata di Gaza – Media Israel
Israel akan meminta pengantaranya menekan Hamas untuk memberi cadangan gencatan senjata baharu, lapor Yedioth Ahronoth semalam.
- Israel akan meminta pengantaranya menekan Hamas untuk memberi cadangan gencatan senjata baharu, lapor Yedioth Ahronoth semalam.
- Menurut akhbar Ibrani itu, sumber Israel merujuk kepada tindak balas Hamas terhadap apa digariskan dalam perjanjian pertukaran tahanan dan cadangan balas pergerakan itu.
- Cadangan Hamas sebelum ini dikatakan mengandungi banyak isu yang tidak dapat dipersetujui Israel.
- Sumber itu berkata Israel akan meminta pengantaranya untuk menekan Hamas supaya respons berbeza terhadap perjanjian tebusan dapat dicapai.
- Hamas sebelum ini mencadangkan pelan gencatan senjata selama empat setengah bulan yang akan membawa kepada penamatan perang.
Israel akan meminta pengantaranya menekan Hamas untuk memberi cadangan gencatan senjata baharu, lapor Yedioth Ahronoth semalam.
Menurut akhbar Ibrani itu, sumber Israel merujuk kepada tindak balas Hamas terhadap apa digariskan dalam perjanjian pertukaran tahanan dan cadangan balas pergerakan itu.
Cadangan Hamas sebelum ini dikatakan mengandungi banyak isu yang tidak dapat dipersetujui Israel.
Sumber itu berkata Israel akan meminta pengantaranya untuk menekan Hamas supaya respons berbeza terhadap perjanjian tebusan dapat dicapai.
Hamas sebelum ini mencadangkan pelan gencatan senjata selama empat setengah bulan yang akan membawa kepada penamatan perang.
Ia merupakan cadangan balas kepada cadangan dihantar minggu lalu oleh pengantara Qatar dan Mesir yang disokong Amerika Syarikat dan Israel.
Cadangan asal Hamas akan menyaksikan kumpulan penentang Palestin menukar baki tawanan Israel yang ditangkap pada 7 Oktober tahun lalu dengan tawanan Palestin, pembinaan semula Gaza, pengunduran sepenuhnya tentera Israel dan pertukaran jenazah. – The Merdeka Times