Antarabangsa
Gencatan senjata: Hamas positif, namun belum capai persetujuan
Ucapan yang kedengaran positif oleh jurucakap Qatar di Universiti Johns Hopkins di Washington mencetuskan sambutan di Gaza dan penurunan harga minyak mentah.

- Ucapan yang kedengaran positif oleh jurucakap Qatar di Universiti Johns Hopkins di Washington mencetuskan sambutan di Gaza dan penurunan harga minyak mentah.
- Bagaimanapun, seorang pegawai Qatar di Doha memberitahu Reuters bahawa gencatan senjata belum diputuskan walaupun Hamas “menerima cadangan itu secara positif”, namun belum memberikan maklum balas.
- “Kami tidak boleh mengatakan bahawa peringkat rundingan semasa pada tahap sifar dan pada masa sama kami tidak boleh mengatakan bahawa kami telah mencapai persetujuan,” kata Penasihat media kepada Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh, Taher Al-Nono kepada Reuters.
- Sebelum ini, sambutan tembakan ke udara dan sorakan di tengah dan selatan Gaza terhenti oleh serangan udara Israel ke atas sebuah rumah di Khan Younis, mencederakan 13 orang, demikian menurut pegawai hospital.
Ucapan yang kedengaran positif oleh jurucakap Qatar di Universiti Johns Hopkins di Washington mencetuskan sambutan di Gaza dan penurunan harga minyak mentah.
Bagaimanapun, seorang pegawai Qatar di Doha memberitahu Reuters bahawa gencatan senjata belum diputuskan walaupun Hamas “menerima cadangan itu secara positif”, namun belum memberikan maklum balas.
Penasihat media kepada Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh, Taher Al-Nono berkata Hamas masih meneliti cadangan itu.
“Kami telah menerima cadangan yang dirangka di Paris tetapi kami masih belum memberi maklum balas kepada mana-mana pihak.
“Kami tidak boleh mengatakan bahawa peringkat rundingan semasa pada tahap sifar dan pada masa sama kami tidak boleh mengatakan bahawa kami telah mencapai persetujuan,” katanya kepada Reuters.
Sebelum ini, sambutan tembakan ke udara dan sorakan di tengah dan selatan Gaza terhenti oleh serangan udara Israel ke atas sebuah rumah di Khan Younis, mencederakan 13 orang, demikian menurut pegawai hospital.
Al Jazeera sebelum ini melaporkan Hamas memberitahu bahawa sebarang perjanjian hendaklah termasuk pengunduran sepenuhnya pasukan pendudukan Israel dari wilayah Gaza. – The Merdeka Times
