Connect with us

Terkini

Denda RM25,000, penjara tiga tahun menunggu penjual ‘Energy Stick’

Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi siasatan awal mendapati produk penyedut hidung atau Energy Stick yang dijual di negara ini bukan keluaran berdaftar, sekali gus membolehkan penjual didenda sehingga RM25,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi siasatan awal mendapati produk penyedut hidung atau Energy Stick yang dijual di negara ini bukan keluaran berdaftar, sekali gus membolehkan penjual didenda sehingga RM25,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.
  • Sekiranya disabit kesalahan kali kedua dan berikutnya, penjual boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya. 
  • Syarikat melakukan kesalahan sama boleh didenda sehingga RM50,000 bagi kesalahan pertama dan sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.
  • Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata penjualan produk kesihatan yang tidak berdaftar melanggar Peraturan 7(1)(a), Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
  • “Justeru, pemantauan dan tindakan penguatkuasaan akan dijalankan ke atas penjual yang dikesan menjual produk berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

KUALA LUMPUR — Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi siasatan awal mendapati produk penyedut hidung atau Energy Stick yang dijual di negara ini bukan keluaran berdaftar, sekali gus membolehkan penjual didenda sehingga RM25,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.

Sekiranya disabit kesalahan kali kedua dan berikutnya, penjual boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya. 

Syarikat melakukan kesalahan sama boleh didenda sehingga RM50,000 bagi kesalahan pertama dan sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata penjualan produk kesihatan yang tidak berdaftar melanggar Peraturan 7(1)(a), Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

“KKM telah menerima aduan awam berkait penjualan secara dalam talian produk berkenaan yang disyaki tidak berdaftar. Hasil siasatan awal mendapati keluaran terbabit bukan keluaran berdaftar.

“Ia perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) seperti peruntukan undang-undang di bawah Akta Jualan Dadah 1952. Justeru, pemantauan dan tindakan penguatkuasaan akan dijalankan ke atas penjual yang dikesan menjual produk berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata hasil saringan awal di platform e-dagang, KKM turut mengesan pengiklanan dan penjualan produk itu oleh penjual tempatan dan luar negara. 

“KKM melalui Bahagian Penguatkuasaan Farmasi akan mengambil tindakan penguatkuasaan sewajarnya iaitu memastikan iklan-iklan produk terbabit diturunkan,” katanya.

Beliau menasihatkan pengguna supaya memastikan produk kesihatan mempunyai pelekat hologram dan Nombor Pendaftaran Produk (MAL) sebelum membeli produk terbabit.

Status pendaftaran produk boleh disemak di laman https://www.npra.gov.my di ruangan Status Produk atau dengan menghubungi terus Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan di talian 1-800-88-6722. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *