Connect with us

Antarabangsa

Bukti Israel ke atas petugas UNRWA ‘rapuh’, media barat turut pertikai dakwaan

Penyiar awam Britain, Channel 4 News berkata dokumen risikan Israel yang menjadi asas berhubung dakwaan pekerja Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Pelarian Palestin (UNRWA) terlibat dalam serangan 7 Oktober tahun lalu, tidak kukuh.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan.
  • Penyiar awam Britain, Channel 4 News berkata dokumen risikan Israel yang menjadi asas berhubung dakwaan pekerja Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Pelarian Palestin (UNRWA) terlibat dalam serangan 7 Oktober tahun lalu, tidak kukuh.
  • Program Channel 4 melaporkan Israel “tidak memberikan bukti untuk menyokong dakwaan baru bahawa kakitangan UNRWA terlibat dalam serangan pengganas ke atas Israel” dalam dokumen itu.
  • Menurut Channel 4 News dipetik Al Jazeera, dokumen itu sekadar menyatakan “daripada maklumat risikan, dokumen dan kad pengenalan yang dirampas semasa pertempuran, ia kini berpotensi menanda sekitar 190 pengganas Hamas dan PIJ (Jihad Islam Palestin) berkhidmat sebagai pekerja UNRWA. Lebih 10 kakitangan UNRWA mengambil bahagian pada 7 Oktober”.
  • Saluran berita lain yang memperoleh laporan sulit itu, termasuk Sky News dan The Financial Times (FT), menyatakan keraguan tentang kekuatan bukti yang dikemukakan dan turut membuat kesimpulan sama.

Penyiar awam Britain, Channel 4 News berkata dokumen risikan Israel yang menjadi asas berhubung dakwaan pekerja Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Pelarian Palestin (UNRWA) terlibat dalam serangan 7 Oktober tahun lalu, tidak kukuh.

Program Channel 4 melaporkan Israel “tidak memberikan bukti untuk menyokong dakwaan baru bahawa kakitangan UNRWA terlibat dalam serangan pengganas ke atas Israel” dalam dokumen itu.

Menurut Channel 4 News dipetik Al Jazeera, dokumen itu sekadar menyatakan “daripada maklumat risikan, dokumen dan kad pengenalan yang dirampas semasa pertempuran, ia kini berpotensi menanda sekitar 190 pengganas Hamas dan PIJ (Jihad Islam Palestin) berkhidmat sebagai pekerja UNRWA. Lebih 10 kakitangan UNRWA mengambil bahagian pada 7 Oktober”.

Saluran berita lain yang memperoleh laporan sulit itu, termasuk Sky News dan The Financial Times (FT), menyatakan keraguan tentang kekuatan bukti yang dikemukakan dan turut membuat kesimpulan sama.

“Penilaian perisikan, yang telah dilihat FT tidak membawa kepada sebarang bukti untuk tuntutan itu, yang menurutnya berdasarkan pintasan telefon pintar dan perolehan kad pengenalan,” lapor penerbitan tersebut.

Aktivis-aktivis hak asasi memberi amaran bahawa menghentikan pendanaan UNRWA akan memburukkan lagi krisis kemanusiaan berjuta-juta pelarian Palestin di Gaza dan di seluruh rantau itu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *