Antarabangsa
Boikot perang di Gaza, jualan McDonald’s merosot
McDonald’s melaporkan kemerosotan pertama dalam jualan suku tahunannya sepanjang empat tahun ekoran pemboikotan ke atas syarikat itu akibat perang Israel-Hamas.
- McDonald’s melaporkan kemerosotan pertama dalam jualan suku tahunannya sepanjang empat tahun ekoran pemboikotan ke atas syarikat itu akibat perang Israel-Hamas.
- Perusahaan makanan segera gergasi itu berkata pertumbuhan jualan bagi tempoh itu, termasuk bahagian Timur Tengah, China dan India adalah 0.7 peratus – jauh di bawah jangkaan pasaran sebanyak 5.5 peratus, menurut data Kumpulan Bursa Saham London dipetik Sky News.
- Ia berlaku selepas tercetusnya insiden Oktober tahun lalu apabila McDonald’s Israel mengumumkan sumbangan beribu-ribu makanan percuma kepada tentera pendudukan Israel yang terlibat dalam peperangan itu.
McDonald’s melaporkan kemerosotan pertama dalam jualan suku tahunannya sepanjang empat tahun ekoran pemboikotan ke atas syarikat itu akibat perang Israel-Hamas.
Perusahaan makanan segera gergasi itu berkata pertumbuhan jualan bagi tempoh itu, termasuk bahagian Timur Tengah, China dan India adalah 0.7 peratus – jauh di bawah jangkaan pasaran sebanyak 5.5 peratus, menurut data Kumpulan Bursa Saham London dipetik Sky News.
Ia berlaku selepas tercetusnya insiden Oktober tahun lalu apabila McDonald’s Israel mengumumkan sumbangan beribu-ribu makanan percuma kepada tentera rejim pendudukan Israel yang terlibat dalam peperangan itu.
Tindakan itu mencetuskan kemarahan pengkritik-pengkritik operasi ketenteraan Israel ke atas Gaza dengan gesaan untuk memboikot rantaian restoran popular itu.
Boikot sama turut melanda jenama lain, termasuk Zara dan Starbucks, yang tidak mencapai jangkaan pasaran dan bertindak mengurangkan ramalan jualan tahunannya minggu lalu. – The Merdeka Times