Antarabangsa
Belarus siapkan draf undang-undang anti propaganda LGBT dan pedofilia
Belarus menyiapkan draf undang-undang bagi hukuman “mempromosi hubungan bukan tradisional” yang merujuk kepada hubungan LGBT, lapor agensi berita Belarus, Belta pada Isnin.

- Belarus menyiapkan draf undang-undang bagi hukuman “mempromosi hubungan bukan tradisional” yang merujuk kepada hubungan LGBT, lapor agensi berita Belarus, Belta pada Isnin.
- Belta memetik Ketua Pendakwa Raya Republik Belarus, Andrei Shved sebagai berkata dalam ucapan kepada wakil rakyat bahawa rang undang-undang itu telah siap dan bakal menggariskan tanggungjawab pentadbiran bagi tindakan mempromosikan “hubungan tidak normal, pedofilia dan penolakan sukarela untuk mempunyai anak”.
- Draf undang-undang itu kini sedang melalui prosedur kelulusan.
- Undang-undang propaganda anti-gay dikuatkuasakan negara jiran Belarus iaitu Russia sejak 2013.
- Homoseksualiti dibatalkan akta jenayahnya di Belarus pada 1994, bagaimanapun negara itu tidak mengiktiraf perkahwinan sejenis dan pihak berkuasanya bertindak membanteras perarakan-perarakan pride LGBT.
Belarus menyiapkan draf undang-undang bagi hukuman “mempromosi hubungan bukan tradisional” yang merujuk kepada hubungan LGBT, lapor agensi berita Belarus, Belta pada Isnin.
Belta memetik Ketua Pendakwa Raya Republik Belarus, Andrei Shved sebagai berkata dalam ucapan kepada wakil rakyat bahawa rang undang-undang itu telah siap.
Ia bakal menggariskan tanggungjawab pentadbiran bagi tindakan mempromosikan “hubungan tidak normal, pedofilia dan penolakan sukarela untuk mempunyai anak”.
Draf undang-undang itu kini sedang melalui prosedur kelulusan.
Undang-undang propaganda anti-gay dikuatkuasakan negara jiran Belarus iaitu Russia sejak 2013.
Undang-undang itu dilihat efektif dalam usaha pelarangan ekspresi awam berkenaan tingkah laku atau gaya hidup lesbian, lelaki-lelaki gay, biseksual atau transgender.
Mahkamah Agung Rusia pada Disember lalu mengharamkan apa disebutnya sebagai “pergerakan sosial LGBT antarabangsa,” melabelnya sebagai organisasi ekstremis.
Homoseksualiti dibatalkan akta jenayahnya di Belarus pada 1994, bagaimanapun negara itu tidak mengiktiraf perkahwinan sejenis dan pihak berkuasanya bertindak membanteras perarakan-perarakan pride LGBT.
Presiden Belarus, Alexander Lukashenko, sebelum ini secara terbuka menyelar golongan LGBT, memanggil lelaki gay sebagai “pelucah” dan “kesongsangan teragung” dalam ucapannya kepada ahli-ahli politik sekitar tahun lalu. – The Merdeka Times
