Connect with us

Terkini

Bantu tingkatkan ekonomi umat Islam, MAINS utamakan farmasi Muslim panel salur bantuan asnaf

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) mengutamakan farmasi bumiputera dan Muslim dilantik sebagai panel untuk membekalkan bantuan barangan perubatan bagi kelompok asnaf di sekitar negeri itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) mengutamakan farmasi bumiputera dan Muslim dilantik sebagai panel untuk membekalkan bantuan barangan perubatan bagi kelompok asnaf di sekitar negeri itu.
  • Ketua Unit Bahagian Agihan, Jabatan Zakat MAINS, Norhafizah Daud berkata ini kerana MAINS ingin membantu kelompok farmasi itu meningkatkan pendapatan dan ekonomi mereka.
  • “Kita (juga) mensasarkan apabila kita melantik mereka ini mereka boleh menjadi usahawan berjaya seterusnya boleh menyumbang zakat dan wakaf kepada MAINS sendiri.
  • “…Ada banyak pulangan (dari farmasi Muslim kepada MAINS) sebenarnya, antara panel kami ni ada juga bukan setakat bayar zakat, dia berwakaf,  beri sumbangan kepada kita juga,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times sebelum ini.
  • “(Kami) tidaklah menolak (farmasi bukan Islam). Kalau katalah dalam satu daerah memang tak ada langsung farmasi Muslim dekat situ tapi ramai pesakit nak ambil ini (barangan perubatan), boleh sahaja kita lantik tapi setakat ini Alhamdulillah semua daerah dah ada (farmasi Muslim) akhirnya jadi kita kena utamakanlah yang Muslim,” kata Norhafizah.

KUALA LUMPUR — Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) mengutamakan farmasi bumiputera dan Muslim dilantik sebagai panel untuk membekalkan bantuan barangan perubatan bagi kelompok asnaf di sekitar negeri itu.

Ketua Unit Bahagian Agihan, Jabatan Zakat MAINS, Norhafizah Daud berkata ini kerana MAINS ingin membantu kelompok farmasi itu meningkatkan pendapatan dan ekonomi mereka.

Katanya, keupayaan farmasi itu menjadi usahawan berjaya membolehkan mereka kembali menyumbang kepada MAINS sama ada dalam bentuk zakat atau wakaf.

“Kita utamakan bumiputera untuk bantu kami dalam menyantuni golongan asnaf Negeri Sembilan, bantu kami sama-sama menggerakkan bantuan kepada mereka.

“Kita (juga) mensasarkan apabila kita melantik mereka ini mereka boleh menjadi usahawan berjaya seterusnya boleh menyumbang zakat dan wakaf kepada MAINS sendiri.

“…Ada banyak pulangan (dari farmasi Muslim kepada MAINS) sebenarnya, antara panel kami ni ada juga bukan setakat bayar zakat, dia berwakaf, beri sumbangan kepada kita juga.

“Kadang-kadang klien kami ada yang masih tak cukup walaupun dah bagi barang, dia orang (farmasi Muslim) dekat situ juga dia orang bantu asnaf kami, kadang-kadang farmasi ini pergi hantar barang ke orang itu… macam farmasi di Jempol dia akan hantar barang ke setiap rumah yang dapat bantuan ini setiap bulan,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times sebelum ini.

Norhafizah berkata di awal pelaksanaan program itu hanya ada satu farmasi menjadi panel bagi seluruh negeri itu, bagaimanapun kini sudah hampir 20 farmasi bumiputera Muslim dilantik.

Peningkatan angka itu dicapai susulan pihaknya berterusan meneroka setiap daerah untuk mengenal pasti farmasi bumiputera yang mahu menjadi panel bagi membantu menyalurkan bantuan perubatan kepada asnaf.

Katanya, setakat hari ini juga tiada lantikan melibatkan farmasi bukan Muslim sebagai panel dalam melaksanakan program yang dinamakan sebagai Rakan Usahawan MAINS.

“(Kami) tidaklah menolak (farmasi bukan Islam). Kalau katalah dalam satu daerah memang tak ada langsung farmasi Muslim dekat situ tapi ramai pesakit nak ambil ini (barangan perubatan), boleh sahaja kita lantik tapi setakat ini Alhamdulillah semua daerah dah ada (farmasi Muslim) akhirnya jadi kita kena utamakanlah yang Muslim,” kata Norhafizah. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *