Antarabangsa
Wartawan ABC dipecat kerana kongsi laporan kekejaman Israel di Gaza
Seorang wartawan Australian Broadcasting Corporation (ABC) dipecat kerana berkongsi di media sosial mengenai dapatan kumpulan hak asasi, Human Rights Watch (HRW) mengenai kekejaman rejim Israel di Gaza.

- Seorang wartawan Australian Broadcasting Corporation (ABC) dipecat kerana berkongsi di media sosial mengenai dapatan kumpulan hak asasi, Human Rights Watch (HRW) mengenai kekejaman rejim Israel di Gaza.
- Antoinette Lattouf, warga Australia berketurunan Lubnan, dilaporkan berkongsi dapatan HRW itu pada Disember lalu yang mendakwa rejim zionis menggunakan kebuluran sebagai strategi perang di wilayah konflik itu.
- Berita mengenai isu kekejaman rejim Israel itu turut dilaporkan ABC.
- The New Arab memetik Media Entertainment and Arts Alliance Union pada Selasa melaporkan pemecatan Lattouf berikutan tekanan daripada aktivis pro-Israel itu membawa kepada ancaman mogok 80 kakitangan ABC.
- Lattouf akan mencabar pemecatannya itu di Suruhanjaya Keadilan Kerja Australia yang mana beliau dijadualkan untuk menghadiri perbicaraan.
Seorang wartawan Australian Broadcasting Corporation (ABC) dipecat kerana berkongsi di media sosial mengenai dapatan kumpulan hak asasi, Human Rights Watch (HRW) mengenai kekejaman rejim Israel di Gaza.
Antoinette Lattouf, warga Australia berketurunan Lubnan, dilaporkan berkongsi dapatan HRW itu pada Disember lalu yang mendakwa rejim zionis menggunakan kebuluran sebagai strategi perang di wilayah konflik itu.
Berita mengenai isu kekejaman rejim Israel itu turut dilaporkan ABC.
The New Arab memetik Media Entertainment and Arts Alliance Union pada Selasa melaporkan pemecatan Lattouf berikutan tekanan daripada aktivis pro-Israel itu membawa kepada ancaman mogok 80 kakitangan ABC.
Sydney Morning Herald menerima mesej Whatsapp dari kumpulan peguam ‘Lawyers for Israel’ bagi menggesa ahli-ahlinya untuk menulis surat meminta penamatan kerjaya wartawan itu.
Lattouf akan mencabar pemecatannya itu di Suruhanjaya Keadilan Kerja Australia yang mana beliau dijadualkan untuk menghadiri perbicaraan.
Beliau berkata pemecatannya itu adalah disebabkan faktor pendapat politik atau alasan yang merangkumi perkara tersebut. – The Merdeka Times
