Connect with us

Terkini

SPRM sita Menara Ilham tidak bermotif dendam politik – Anwar

Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita Menara Ilham milik bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin tidak bermotifkan dendam politik. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

SPRM sita Menara Ilham tidak bermotif dendam politik – Anwar
Foto: Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin (kiri) & Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan).
  • Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita Menara Ilham milik bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin tidak bermotifkan dendam politik. 
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata walaupun kes salah laku itu sejak sekian lama, namun tindakan tegas harus diambil. 
  • “Kalau di bawah pentadbiran saya, kalau orang beritahu ada satu kes rasuah, percayalah saya tidak ada tolak ansur sama sekali,” katanya dipetik MalaysiaGazette ketika berucap merasmikan Simposium Tatakelola Baik Nasional di Sepang, hari ini.
  • Pada 28 Disember lalu, Daim yang juga ahli perniagaan menafikan sekeras-kerasnya beliau dan keluarganya terlibat dalam sebarang aktiviti rasuah sebagaimana didakwa sesetengah pihak.
  • Daim menyifatkan siasatan SPRM itu berbentuk a political witch-hunt atau kempen politik yang mensasarkan dirinya dan keluarga.

KUALA LUMPUR – Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita Menara Ilham milik bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin tidak bermotifkan dendam politik. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata walaupun kes salah laku itu sejak sekian lama, namun tindakan tegas harus diambil. 

“Orang ini sapu berbilion ringgit, tiada suara, saya bukan begitu, ada pertahankan.

“Sudahlah, kes sudah lama, orang itu pun sudah tua, ada pula katakan, sudah, mengapa dendam.

“Kalau di bawah pentadbiran saya, kalau orang beritahu ada satu kes rasuah, percayalah saya tidak ada tolak ansur sama sekali,” katanya dipetik MalaysiaGazette ketika berucap merasmikan Simposium Tatakelola Baik Nasional di Sepang, hari ini.

Sebelum ini, SPRM mengesahkan penyitaan Menara Ilham di Kuala Lumpur berkaitan siasatannya atas dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram terhadap Daim.

Pada 28 Disember lalu, Daim yang juga ahli perniagaan menafikan sekeras-kerasnya beliau dan keluarganya terlibat dalam sebarang aktiviti rasuah sebagaimana didakwa sesetengah pihak.

Sebaliknya, beliau menyifatkan siasatan SPRM itu berbentuk a political witch-hunt atau kempen politik yang mensasarkan dirinya dan keluarga.

Katanya, sehingga kini beliau tidak dimaklumkan mengenai kesalahan yang dilakukannya walaupun sudah berkali-kali mengajukan perkara itu kepada SPRM. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *