Antarabangsa
Renjatan elektrik, dibogelkan dalam cuaca sejuk antara seksaan dialami tahanan Palestin
Penduduk Palestin yang dijadikan tebusan semasa serangan tentera pengganas zionis Israel di kejiranan Ez-Zeytun di timur Gaza berkongsi detik mengerikan penyeksaan oleh tentera zionis.

- Penduduk Palestin yang dijadikan tebusan semasa serangan tentera penganas zionis Israel di kejiranan Ez-Zeytun di timur Gaza berkongsi detik mengerikan penyeksaan oleh tentera zionis.
- Cihad Yasin, 43, berkata tentera Israel menyeksa mereka dengan renjatan elektrik dan memenjarakan mereka selama 11 hari.
- “Mereka meninggalkan kami berbogel di luar dalam kesejukan,” katanya kepada agensi berita Anadolu dan dipetik TRT pada Sabtu.
- Mahmud el Alul, seorang lagi warga Palestin yang dibebaskan berkata, meskipun tangan dan kaki diikat, tentera zionis Israel akan meletakkan roti rosak di hadapan mereka.
- “Askar Israel enggan membuka ikatan tangan dan kaki kami apabila kami perlu menggunakan tandas,” kata Mahmud.
Penduduk Palestin yang dijadikan tebusan semasa serangan tentera pengganas zionis Israel di kejiranan Ez-Zeytun di timur Gaza berkongsi detik mengerikan penyeksaan oleh tentera zionis.
Cihad Yasin, 43, berkata tentera Israel menyeksa mereka dengan renjatan elektrik dan memenjarakan mereka selama 11 hari.
Beliau berkata dia dirantai, ditutup mata dan tentera Israel membawanya serta penduduk Palestin lain ke lokasi yang tidak diketahui.
Katanya, mereka juga diikat tanpa makanan selama beberapa hari dan tentera Israel menyembur bahan yang boleh menarik serangga.
“Mereka meninggalkan kami berbogel di luar dalam kesejukan,” katanya kepada agensi berita Anadolu dan dipetik TRT pada Sabtu.
Yasin mendedahkan akibat penyeksaan itu, tahanan tidak boleh tidur dan terpaksa duduk berlutut sehingga tengah malam.
Tahanan Palestin juga diberikan makanan berkulat dan dipaksa menelan pil yang merangsang halusinasi, kata Yasin.
Mahmud el Alul, seorang lagi warga Palestin yang dibebaskan berkata, meskipun tangan dan kaki diikat, tentera zionis Israel akan meletakkan roti rosak di hadapan mereka.
“Kami tidak boleh mengambil dan memakannya. Sepanjang minggu saya ditahan, saya enggan makan kerana makanan yang rosak dan terus lapar.
“Askar Israel enggan membuka ikatan tangan dan kaki kami apabila kami perlu menggunakan tandas,” katanya.
Serangan rejim Israel ke atas wilayah Gaza yang terkepung menyaksikan lebih 21,500 rakyat Palestin terbunuh dan mencederakan hampir 56,000 yang lain. – The Merdeka Times
