Antarabangsa
Rejim zionis Israel bingung, Al-Qassam guna raifal sniper M99 buatan China
Briged Al-Qassam mengumumkan seorang askar rejim zionis ditembak menggunakan raifal sniper “M99” berkaliber berat di Sheikh Ajleen, Sabtu lalu.
- Briged Al-Qassam mengumumkan seorang askar rejim zionis ditembak menggunakan raifal sniper “M99” berkaliber berat di Sheikh Ajleen, Sabtu lalu.
- Ia menimbulkan persoalan dan mencetuskan kebingungan rejim zionis bagaimana raifal penembak tepat buatan China, yang boleh mematikan sasaran dalam jarak 1,600 meter dalam dua saat itu, boleh memasuki Gaza.
- Media Israel melaporkan rejim zionis sedang menerima maklumat adanya penggunaan senjata China oleh sayap ketenteraan Hamas itu.
- Menurut sumber berita Israel, Saluran 12 melaporkan rejim zionis merampas sejumlah besar senjata buatan China di Gaza.
Briged Al-Qassam mengumumkan seorang askar rejim zionis ditembak menggunakan raifal sniper “M99” berkaliber berat di Sheikh Ajleen, Sabtu lalu.
Ia menimbulkan persoalan dan mencetuskan kebingungan rejim zionis bagaimana raifal penembak tepat buatan China, yang boleh mematikan sasaran dalam jarak 1,600 meter dalam dua saat itu, boleh memasuki Gaza.
Media Israel melaporkan rejim zionis sedang menerima maklumat adanya penggunaan senjata China oleh sayap ketenteraan Hamas itu.
Menurut sumber berita Israel, Saluran 12 melaporkan rejim mendakwa merampas sejumlah besar senjata buatan China itu di Gaza.
Menurut “Gun Wiki,” senapang M99 adalah senapang separa automatik dengan kaliber berat 12.7 x 108 mm.
Dengan rekod kelajuan dan jarak tembakannya yang boleh memusnahkan sasaran pada jarak 1,600 meter dalam dua saat, bedilan raifal itu mencapai sasaran mendahului bunyinya yang direkodkan pada 2.7 saat.
Raifal itu dicipta untuk Tentera Pembebasan Rakyat China yang merupakan angkatan bersenjata Parti Komunis China. – The Merdeka Times