Connect with us

Terkini

Rakyat Malaysia perlu bantu pelarian Rohingya sama seperti Palestin

Bekas Ahli Parlimen Klang dan aktivis hak migran membidas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) susulan menyuarakan kebimbangan keselamatan dengan menuntut pelarian etnik Rohingya dihantar pulang ke Myanmar.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Rakyat Malaysia perlu bantu pelarian Rohingya sama seperti Palestin
Foto: Bekas Ahli Parlimen Klang dan aktivis hak migran, Charles Santiago.
  • Bekas Ahli Parlimen Klang dan aktivis hak migran membidas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) susulan menyuarakan kebimbangan keselamatan dengan menuntut pelarian etnik Rohingya dihantar pulang ke Myanmar.
  • Mereka mengatakan NGO terbabit tidak memahami sepenuhnya nasib kelompok minoriti dari Myanmar itu.
  • Memetik laporan FMT, Charles Santiago sebagai berkata etnik Rohingya seperti minoriti lain di seluruh dunia yang bergantung belas ihsan individu lain dan harus dilindungi.
  • “Kerajaan harus membenarkan Rohingya bekerja yang akan membantu menangani kekurangan buruh asing,” katanya mengulas gesaan Pengerusi Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF), Datuk Seri Halim Ishak yang dilaporkan meminta warga Rohingya dihantar pulang bagi memastikan negara berada dalam keadaan selamat dan harmoni.
  • Beliau berkata rakyat Malaysia juga harus membantu etnik Rohingya sebagaimana dilakukan kepada rakyat Palestin.
  • Turut mengulas isu sama, Pengarah Eksekutif Inisiatif Utara-Selatan, Adrian Pereira yang menyifatkan kenyataan Halim tidak kena pada tempatnya, selain terdapat banyak maklumat salah mengenai komuniti Rohingya dan rakyat Malaysia mempercayainya.

KUALA LUMPUR — Bekas Ahli Parlimen Klang dan aktivis hak migran membidas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) susulan menyuarakan kebimbangan keselamatan dengan menuntut pelarian etnik Rohingya dihantar pulang ke Myanmar.

Mereka mengatakan NGO terbabit tidak memahami sepenuhnya nasib kelompok minoriti dari Myanmar itu.

Charles Santiago berkata Rohingya terpaksa berpindah dan “dibunuh beramai-ramai” oleh kerajaan mereka sendiri di negeri Rakhine dan hanya mencari tempat selamat.

Beliau berkata dalam beberapa keadaan mereka diperdagangkan ke negara ini.

“Kita sepatutnya lebih bersimpati dengan nasib mereka,” katanya dipetik FMT, hari ini.

Charles berkata etnik Rohingya sama seperti minoriti lain di seluruh dunia yang bergantung belas ihsan individu lain dan harus dilindungi.

Beliau berkata rakyat Malaysia juga harus membantu etnik Rohingya sebagaimana dilakukan kepada rakyat Palestin.

“Kerajaan harus membenarkan Rohingya bekerja yang akan membantu menangani kekurangan buruh asing,” katanya mengulas gesaan Pengerusi Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF), Datuk Seri Halim Ishak yang dilaporkan meminta warga Rohingya dihantar pulang bagi memastikan negara berada dalam keadaan selamat dan harmoni.

Halim Ishak dilaporkan berkata ada perbezaan jelas antara soal kemanusiaan dan kedaulatan negara apabila membicarakan isu pelarian berkenaan yang semakin ramai di negara ini.

Katanya, pelarian etnik Rohingya sudah mewujudkan kartel pemerdagangan manusia dalam kalangan rakyat Malaysia dan perlu dihapuskan segera sebelum menjadi lebih parah.

Turut mengulas isu sama, Pengarah Eksekutif Inisiatif Utara-Selatan, Adrian Pereira yang menyifatkan kenyataan Halim tidak kena pada tempatnya, selain terdapat banyak maklumat salah mengenai komuniti Rohingya dan rakyat Malaysia mempercayainya.

Adrian yang berkhidmat dalam masyarakat Rohingya sejak 2011, mempertikaikan dakwaan Halim bahawa komuniti itu terlibat dalam pemerdagangan manusia.

“Orang Rohingya bergantung kepada penyeludup untuk melarikan diri dari negara asal mereka, tetapi mereka tidak menjalankan sindiket itu. Ia dikendalikan oleh orang lain,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *