Antarabangsa
Perang Gaza dijangka berterusan sepanjang tahun
Rejim penjajah zionis Israel mula membawa keluar ribuan tenteranya dari Gaza minggu ini sebagai persediaan menghadapi fasa baru konflik perang di wilayah Palestin itu.
- Rejim penjajah zionis Israel mula membawa keluar ribuan tenteranya dari Gaza minggu ini sebagai persediaan menghadapi fasa baru konflik perang di wilayah Palestin itu.
- Bagaimanapun, CNN melaporkan seorang pegawai tinggi memberi amaran bahawa beliau menjangkakan pertempuran akan berterusan sepanjang tahun.
- Seorang pegawai kanan Amerika Syarikat (AS) pada Isnin berkata, langkah itu merupakan tanda peralihan beransur-ansur Israel kepada fasa perang yang lebih rendah intensitinya.
- Jurucakap tentera Israel, Daniel Hagari dalam taklimatnya pada Ahad pula dilaporkan berkata, kepulangan pasukan simpanan itu bertujuan untuk memastikan perancangan dan persediaan berterusan untuk 2024, memahami bahawa mereka diperlukan untuk tugas tambahan dan peperangan sepanjang tahun ini.
Rejim penjajah zionis Israel mula membawa keluar ribuan tenteranya dari Gaza minggu ini sebagai persediaan menghadapi fasa baru konflik perang di wilayah Palestin itu.
Bagaimanapun, CNN melaporkan seorang pegawai tinggi memberi amaran bahawa beliau menjangkakan pertempuran akan berterusan sepanjang tahun.
Pengumuman tentera Israel itu menandakan pengunduran terbesar yang diketahui dari wilayah berkenaan sejak perang menentang Hamas bermula dan selepas rejim memaklumkan pihaknya memperluaskan operasi di tengah dan selatan Gaza.
Seorang pegawai kanan Amerika Syarikat (AS) pada Isnin berkata, langkah itu merupakan tanda peralihan beransur-ansur Israel kepada fasa perang yang lebih rendah intensitinya.
Menurut tentera Israel, Briged ke-551 dan ke-14 yang terdiri daripada anggota simpanan akan kembali kepada keluarga dan kehidupan awam mereka minggu ini.
Briged ke-828 yang melatih komander skuad, Briged ke-261 yang melatih pegawai tentera dan Briged ke-460 yang melatih kor perisai pula akan kembali ke latihan dijadualkan.
Langkah itu dijangka meringankan beban ekonomi dengan ketara dan tentera untuk mengumpulkan kekuatan bagi aktiviti akan datang kerana pertempuran akan berterusan dan perkhidmatan mereka masih diperlukan.
Jurucakap tentera Israel, Daniel Hagari dalam taklimatnya pada Ahad dilaporkan berkata, kepulangan pasukan simpanan itu bertujuan untuk memastikan perancangan dan persediaan berterusan untuk 2024, memahami bahawa mereka diperlukan untuk tugas tambahan dan peperangan sepanjang tahun ini. — The Merdeka Times