Connect with us

Terkini

Pelantikan Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah BBP perlu lalui semakan SPRM, insolvensi dan PDRM

Pelantikan Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Badan Berkanun Persekutuan (BBP) perlu melalui semakan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta insolvensi dan tapisan Polis Diraja Malaysia (PDRM). 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pelantikan Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Badan Berkanun Persekutuan (BBP) perlu melalui semakan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta insolvensi dan tapisan Polis Diraja Malaysia (PDRM). 
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pelantikan Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Badan Berkanun Persekutuan (BBP) perlu melalui semakan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta insolvensi dan tapisan Polis Diraja Malaysia (PDRM). 
  • Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) yang berlangsung semalam bagi membincangkan langkah pemantapan tatakelola BBP.
  • Menurut Pejabat Perdana Menteri, satu garis panduan baharu sudah dipersetujui untuk menggantikan Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 1998 dengan menggariskan beberapa pembaharuan berhubung pengukuhan tatakelola. 
  • Katanya, pelaksanaan Garis Panduan itu menjadi keutamaan untuk mendukung agenda MADANI melalui pemerkasaan BBP.
  • “Format baharu ini akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dalam masa terdekat.
  • “Kerajaan kekal komited untuk memperkukuh agenda tatakelola baik selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI,” katanya dalam kenyataan dipetik Berita Harian pada Isnin.

KUALA LUMPUR – Pelantikan Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Badan Berkanun Persekutuan (BBP) perlu melalui semakan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta insolvensi dan tapisan Polis Diraja Malaysia (PDRM). 

Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) yang berlangsung semalam bagi membincangkan langkah pemantapan tatakelola BBP.

Menurut Pejabat Perdana Menteri, satu garis panduan baharu sudah dipersetujui untuk menggantikan Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 1998 dengan menggariskan beberapa pembaharuan berhubung pengukuhan tatakelola. 

Garis panduan baharu itu menekankan mengenai program pembangunan kapasiti Ahli Lembaga Pengarah BBP, malah memperkasakan peranan Audit Dalam secara menyeluruh di peringkat Badan Berkanun Persekutuan termasuk syarikat dan perbadanan BBP.

Selain itu, ia turut memperkukuhkan struktur dan komposisi keahlian Lembaga Pengarah dengan mewajibkan pembabitan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri terutama kepada BBP yang menerima peruntukan Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT).

Ia turut memperkukuh pengesanan, kawal selia dan tatakelola BBP melalui platform yang dikenali sebagai Sistem Badan Berkanun (SBSys) bagi tujuan pelaporan berkala kepada Perdana Menteri.

Katanya, pelaksanaan Garis Panduan itu menjadi keutamaan untuk mendukung agenda MADANI melalui pemerkasaan BBP.

“Selaras dengan prinsip ketelusan, JKKTN juga membincangkan mengenai format baharu pengisytiharan harta oleh Anggota Pentadbiran dan Ahli Parlimen untuk dikuatkuasakan semula.

“Format baharu ini akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dalam masa terdekat.

“Kerajaan kekal komited untuk memperkukuh agenda tatakelola baik selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI,” katanya dalam kenyataan dipetik Berita Harian pada Isnin.

Menurut kenyataan itu, Badan Berkanun adalah antara cabang sektor awam penting dan memerlukan pengurusan tatakelola yang baik.

Katanya, Sumbangan Badan Berkanun sebagai Badan Awam bukan sahaja mempengaruhi pertumbuhan ekonomi negara tetapi menjadi penyokong kepada pelaksanaan strategi oleh agensi pusat serta jabatan kerajaan yang lain.

Melalui Pantau MADANI, pemantauan Badan Berkanun Persekutuan akan dilaksanakan dengan lebih berkesan melalui pemerkasaan peranan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU, JPM), Kementerian Kewangan, Jabatan Audit Negara serta Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU, JPM). — The Merdeka Times

Author