Antarabangsa
New Zealand henti salur dana organisasi sukan benarkan ‘wanita’ trans bersaing kategori wanita
New Zealand akan menghentikan penyaluran dana kepada mana-mana badan sukan yang membenarkan ‘wanita’ transgender bersaing dengan atlet wanita, lapor RT.
- New Zealand akan menghentikan penyaluran dana kepada mana-mana badan sukan yang membenarkan ‘wanita’ transgender bersaing dengan atlet wanita, lapor RT.
- Jurucakap kerajaan dari parti New Zealand First, Andy Foster berkata tindakan membenarkan kelompok transgender terlibat dalam sukan wanita dilihat mencabul keadilan dan memberi kesan dari segi keselamatan.
- Foster berkata menerusi dasar baru disepakati pihaknya dengan rakan gabungan, Parti Nasional akan “memastikan badan sukan dibiayai secara awam menyokong pertandingan adil, tanpa dijejaskan peraturan berkaitan dengan jantina”.
- Menurut laporan RT pada 21 Disember lalu, peraturan baru itu akan diumumkan sebelum agensi sukan dan rekreasi kerajaan mengagihkan dana NZ$9.3 juta (RM26.9 juta) pada 2024.
New Zealand akan menghentikan penyaluran dana kepada mana-mana badan sukan yang membenarkan ‘wanita’ transgender bersaing dengan atlet wanita, lapor RT.
Jurucakap kerajaan dari parti New Zealand First, Andy Foster berkata tindakan membenarkan kelompok transgender terlibat dalam sukan wanita dilihat mencabul keadilan dan memberi kesan dari segi keselamatan.
Foster berkata menerusi dasar baru disepakati pihaknya dengan rakan gabungan, Parti Nasional akan “memastikan badan sukan dibiayai secara awam menyokong pertandingan adil, tanpa dijejaskan peraturan berkaitan dengan jantina”.
Menurut laporan RT pada 21 Disember lalu, peraturan baru itu akan diumumkan sebelum agensi sukan dan rekreasi kerajaan mengagihkan dana NZ$9.3 juta (RM26.9 juta) pada 2024.
Foster berkata mana-mana badan sukan yang bertindak mengingkari peraturan itu tidak akan menerima sebarang dana.
Peraturan baru itu akan terpakai kepada pertandingan melibatkan kategori belia dan amatur.
“Kamu akan lihat mengapa kekuatan, berat badan dan kelajuan dalam sukan rugbi, sukan atlet dan tinju akan menjadi isu sebenar.
“Jika ada remaja perempuan yang berlawan dengan bekas remaja lelaki, anak awak akan cedera,” kata Foster.
Keputusan kerajaan New Zealand itu setakat laporan RT diterbitkan pada Disember lalu mendapat tentangan sekurang-kurangnya satu persatuan sukan. – The Merdeka Times