Terkini
Menteri Agama doakan jemaah umrah Program Tetamu Penjaga Dua Kota Suci
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mendoakan jemaah umrah Program Tetamu Penjaga Dua Kota Suci mendapat umrah yang mabrur.
- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mendoakan jemaah umrah Program Tetamu Penjaga Dua Kota Suci mendapat umrah yang mabrur.
- “Yang dicalonkan untuk menyertai program ini memang ramai. Semua orang nak hadir. Alhamdulillah tuan-tuan dan puan-puan telah diterima,” katanya di Hotel Dar Al Eiman Madinah di sini hari ini.
- Beliau berharap program itu akan meninggalkan kenangan manis untuk semua peserta yang menjadi tetamu Allah.
- Seramai 16 peserta dari Malaysia menerima jemputan daripada Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud untuk menunaikan umrah dari 3 Januari hingga 13 Januari 2024.
ARAB SAUDI – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mendoakan jemaah umrah Program Tetamu Penjaga Dua Kota Suci mendapat umrah yang mabrur.
Mohd Na’im mengambil kesempatan itu ketika berjumpa dengan peserta Program Tetamu Penjaga Dua Kota Suci selepas menghadiri Persidangan dan Pameran Haji dan Umrah di Jeddah.
“Saya ucapkan syabas, tahniahlah kepada tuan-tuan dan puan-puan yang telah diterima untuk menyertai program umrah Khadimul Haramain (Penjaga Dua Kota Suci) ini.
“Yang dicalonkan untuk menyertai program ini memang ramai. Semua orang nak hadir. Alhamdulillah tuan-tuan dan puan-puan telah diterima,” katanya di Hotel Dar Al Eiman Madinah di sini hari ini.
Beliau berharap program itu akan meninggalkan kenangan manis untuk semua peserta yang menjadi tetamu Allah.
Seramai 16 peserta dari Malaysia menerima jemputan daripada Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud untuk menunaikan umrah dari 3 Januari hingga 13 Januari 2024.
Turut hadir Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Ajib Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis, Mohd Nazim Mohd Noor. – The Merdeka Times