Antarabangsa
Libya hukum tujuh tahun penjara jika berurusan dengan zionis Israel
Dewan Perwakilan (Parlimen) Libya melarang rakyatnya dari menyertai sebarang aktiviti dianjurkan negara haram Israel dalam aspek politik, ekonomi, budaya, seni atau sukan.

- Dewan Perwakilan (Parlimen) Libya melarang rakyatnya dari menyertai sebarang aktiviti dianjurkan negara haram Israel dalam aspek politik, ekonomi, budaya, seni atau sukan.
- Mana-mana rakyat Libya didapati melanggar dasar itu bakal berdepan hukuman penjara minimum tujuh tahun, selain berdepan pemecatan dan dilucutkan hak sivilnya, demikian lapor Egypt Today.
- Pindaan baharu itu turut menjenayahkan perjalanan keluar masuk ke wilayah Palestin yang diduduki rejim zionis dan sebarang jalinan hubungan atau komunikasi dengan individu yang terkait dengan entiti Israel.
- Larangan itu termasuk membantu pemegang kewarganegaraan Israel memasuki wilayah Libya, termasuk ibu pejabat, cawangan diplomatik, konsular dan pentadbiran Libya.
- Ia juga menetapkan larangan bagi pesawat awam dan tentera milik Israel daripada melalui ruang udara negara itu.
Dewan Perwakilan (Parlimen) Libya melarang rakyatnya dari menyertai sebarang aktiviti dianjurkan negara haram Israel dalam aspek politik, ekonomi, budaya, seni atau sukan.
Mana-mana rakyat Libya didapati melanggar dasar itu bakal berdepan hukuman penjara minimum tujuh tahun, selain berdepan pemecatan dan dilucutkan hak sivilnya, demikian lapor Egypt Today.
Pindaan baharu itu turut menjenayahkan perjalanan keluar masuk ke wilayah Palestin yang diduduki rejim zionis dan sebarang jalinan hubungan atau komunikasi dengan individu yang terkait dengan entiti Israel.
Larangan itu termasuk membantu pemegang kewarganegaraan Israel memasuki wilayah Libya, termasuk ibu pejabat, cawangan diplomatik, konsular dan pentadbiran Libya.
Ia juga menetapkan larangan bagi pesawat awam dan tentera milik Israel daripada melalui ruang udara negara itu.
Ini termasuk kapal-kapal dan kapal marin didaftarkan atas nama Israel atau pembawa benderanya, didaftarkan dengan nama terkait dengannya atau memegang kewarganegaraan Israel, dari memasuki kawasan perairan Libya atau zon ekonominya.
Semua itu hasil pindaan Dewan Perwakilan Libya terhadap beberapa peruntukan perundangan 1957 berkenaan boikot ke atas Israel.
Al Jazeera melaporkan sekurang-kurangnya 22,438 orang terbunuh dan 57,614 cedera di Gaza dalam serangan rejim zionis Israel sejak 7 Oktober lalu, dengan kiraan 1,139 orang maut di Israel. – The Merdeka Times
