Connect with us

Antarabangsa

LGBTQ: Separuh ahli jawatankuasa polisi kesihatan transgender WHO tiada kelayakan bidang perubatan

Separuh daripada ahli jawatankuasa polisi kesihatan transgender Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) tidak mempunyai kelayakan dalam bidang perubatan dengan majoriti mereka adalah aktivis gender.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

ahli jawatankuasa polisi kesihatan transgender WHO tiada kelayakan bidang perubatan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Separuh daripada ahli jawatankuasa polisi kesihatan transgender Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) tidak mempunyai kelayakan dalam bidang perubatan dengan majoriti mereka adalah aktivis gender.
  • Daily Mail pada 9 Januari lalu melaporkan, salah seorang panelis jawatankuasa itu merupakan TikToker transgender kontroversi di Kanada yang menulis kajian menyatakan terapi hormon dan penghalang pertumbuhan akil baligh sepatutnya dianggap pilihan ‘default’ bagi kanak-kanak yang mengalami gender dysphoria (kecelaruan jantina).
  • Sebahagian mereka pula percaya menukar jantina tidak menyebabkan sebarang masalah kesihatan, sebaliknya mendakwa hanya membawa kesan sampingan meningkatkan kualiti hidup dan ‘trans joy’ (kebahagiaan transgender).
  • Beberapa organisasi hak wanita dan LGBTQ+ dilaporkan bimbang agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu, yang mana cadangannya amat berpengaruh, akan‘trans bias’ (cenderung kepada transgender).

Separuh daripada ahli jawatankuasa polisi kesihatan transgender Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) tidak mempunyai kelayakan dalam bidang perubatan dengan majoriti mereka adalah aktivis gender.

Daily Mail pada 9 Januari lalu melaporkan, salah seorang panelis jawatankuasa itu merupakan TikToker transgender kontroversi di Kanada yang menulis kajian menyatakan terapi hormon dan penghalang pertumbuhan akil baligh sepatutnya dianggap pilihan ‘default’ bagi kanak-kanak yang mengalami gender dysphoria (kecelaruan jantina).

Sebahagian mereka pula percaya menukar jantina tidak menyebabkan sebarang masalah kesihatan, sebaliknya mendakwa hanya membawa kesan sampingan meningkatkan kualiti hidup dan ‘trans joy’ (kebahagiaan transgender).

Beberapa organisasi hak wanita dan LGBTQ+ dilaporkan bimbang agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu, yang mana cadangannya amat berpengaruh, akan‘trans bias’ (cenderung kepada transgender).

Bulan lalu, WHO menerbitkan biografi mengenai 21 pakar yang dijemput untuk merangka garis panduan yang akan menentukan bagaimana sesebuah negara melayani individu dengan kecelaruan jantina.

Bagaimanapun, 11 daripada pakar terbabit didapati tidak mendapat pendidikan formal dalam bidang perubatan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *