Connect with us

Antarabangsa

Lantik wanita trans sebagai “UK Champion”, kumpulan hak wanita bantah

Organisasi bukan berasaskan keuntungan, UN Women UK mencetuskan kebimbangan kumpulan hak wanita UK (United Kingdom) kerana melantik seorang model transgender wanita sebagai “UK Champion”.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Lantik wanita trans sebagai “UK Champion”, kumpulan hak wanita bantah
Foto: Model transgender wanita, Munroe Bergdorf.
  • Organisasi bukan berasaskan keuntungan, UN Women UK mencetuskan kebimbangan kumpulan hak wanita UK (United Kingdom) kerana melantik seorang model transgender wanita sebagai “UK Champion”.
  • Daily Mail melaporkan Munroe Bergdorf, yang juga aktivis, penyiar dan editor penyumbang di British Vogue dilantik sebagai UK Champion pertama oleh UN Women UK pada November lalu.
  • Selepas pelantikannya, 17 kumpulan hak wanita, termasuk Fair Play for Women, Sex Matters, Transgender Trend dan Women’s Rights Network menandatangani surat bersama menyatakan kebimbangan dan kekecewaan mereka terhadap pelantikan itu.
  • Mereka berkata wanita trans itu ‘tidak sesuai dalam setiap aspek’ untuk peranan tersebut dan menunjukkan hantaran Bergdorf di media sosial sebelum ini berunsur homofobia dan perkauman.

Organisasi bukan berasaskan keuntungan, UN Women UK mencetuskan kebimbangan kumpulan hak wanita UK (United Kingdom) kerana melantik seorang model transgender wanita sebagai “UK Champion”.

Daily Mail melaporkan Munroe Bergdorf, yang juga aktivis, penyiar dan editor penyumbang di British Vogue dilantik sebagai UK Champion pertama oleh UN Women UK pada November lalu.

Selepas pelantikannya, 17 kumpulan hak wanita, termasuk Fair Play for Women, Sex Matters, Transgender Trend dan Women’s Rights Network menandatangani surat bersama menyatakan kebimbangan dan kekecewaan mereka terhadap pelantikan itu.

Mereka berkata wanita trans itu ‘tidak sesuai dalam setiap aspek’ untuk peranan tersebut dan menunjukkan hantaran Bergdorf di media sosial sebelum ini berunsur homofobia dan perkauman.

Menurut UN Women UK, pemilihan wanita trans itu kerana mereka menyokong “pemerkasaan kesaksamaan wanita secara global dalam masyarakat sivil, kerajaan dan sektor korporat.”

“Aktivisme Munroe Bergdorf yang dipaparkan bukan pro-wanita,” demikian bantahan pertubuhan-pertubuhan terbabit berkaitan pelantikan Bergdorf.

Aktivis wanita trans berusia 36 tahun itu dilaporkan pernah bertindak mengeluarkan kenyataan “semua orang kulit putih bersifat perkauman” dan melabel Suffragette (kumpulan aktivis wanita) sebagai perintis “ketuanan kulit putih.”

Terdahulu, Bergdorf dipecat L’Oreal pada 2017 kerana mengeluarkan kenyataan menghasut berkaitan perkauman. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *