Connect with us

Antarabangsa

“Kita mesti berhenti menipu diri sendiri” – Menteri Kabinet Perang Israel

Israel sedang menipu dirinya sendiri dan sudah tiba masanya diadakan ‘grand deal’ (perjanjian besar) supaya perang ditamatkan dan tawanan dibawa pulang, kata Menteri Kabinet Perang Israel, Gadi Eisenkot.

Wartawan TMT

Published

on

“Kita mesti berhenti menipu diri sendiri” – Menteri Kabinet Perang Israel
Foto: Menteri Kabinet Perang Israel, Gadi Eisenkot.
  • Israel sedang menipu dirinya sendiri dan sudah tiba masanya diadakan ‘grand deal’ (perjanjian besar) supaya perang ditamatkan dan tawanan dibawa pulang, kata Menteri Kabinet Perang Israel, Gadi Eisenkot.
  • Perkara itu antara tekanan dihadapi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk menghentikan perang yang kalah di Gaza di mana rejim zionis masih gagal mencapai mana-mana objektifnya yang dinyatakan secara terbuka walaupun memasuki 101 hari peperangan.
  • “Masa kamu (Netanyahu) semakin suntuk, dan setiap waktu yang berlalu, membahayakan nyawa mereka,” kata Eisenkot dalam laporan kepada ahli Kabinet lain dipetik Quds News Network pada Isnin.
  • Anak dan anak saudara Eisenkot dilaporkan turut terkorban dalam pertempuran di Gaza.
  • Netanyahu dan Menteri Perang Israel, Yoav Gallant dilaporkan menegaskan hanya dengan tekanan tambahan ketenteraan akan membawa kepada kesan (pengakhiran perang) dikehendaki.

Israel sedang menipu dirinya sendiri dan sudah tiba masanya diadakan ‘grand deal’ (perjanjian besar) supaya perang ditamatkan dan tawanan dibawa pulang, kata Menteri Kabinet Perang Israel, Gadi Eisenkot.

Perkara itu antara tekanan dihadapi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk menghentikan perang yang kalah di Gaza di mana rejim zionis masih gagal mencapai mana-mana objektifnya yang dinyatakan secara terbuka walaupun memasuki 101 hari peperangan.

“Kita mesti berhenti menipu diri sendiri, untuk menunjukkan keberanian dan mengetuai persetujuan besar yang akan membawa pulang tebusan. 

“Masa kamu (Netanyahu) semakin suntuk, dan setiap waktu yang berlalu, membahayakan nyawa mereka,” kata Eisenkot dalam laporan kepada ahli Kabinet lain dipetik Quds News Network pada Isnin.

Anak dan anak saudara Eisenkot dilaporkan turut terkorban dalam pertempuran di Gaza.

Netanyahu dan Menteri Perang Israel, Yoav Gallant dilaporkan menegaskan hanya dengan tekanan tambahan ketenteraan akan membawa kepada kesan (pengakhiran perang) dikehendaki.

Al Jazeera melaporkan pada ketika ini sekurang-kurangnya 24,285 terbunuh dan lebih 61,154 cedera dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Pengawal penjara Israel masukkan muncung alat pemadam api ke dalam dubur warga Palestin sebelum mengaktifkannya – Peguam

Pengawal penjara rejim zionis Israel telah memasukkan muncung alat pemadam api ke dalam dubur seorang warga Palestin yang ditahan sebelum mengaktifkan alat pemadam api itu.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Peguam Palestin, Khaled Mhajne.

Pengawal penjara rejim zionis Israel telah memasukkan muncung alat pemadam api ke dalam dubur seorang warga Palestin yang ditahan sebelum mengaktifkan alat pemadam api itu.

Itu pendedahan Peguam Palestin, Khaled Mhajne mengenai seksaan dilalui tahanan di penjara Israel selepas beliau melawat dua rakyat Palestin yang diculik Israel dari Gaza.

Quds News Network melaporkan tawanan Palestin dalam tahanan Israel berdepan pelbagai bentuk penderaan, termasuk rogol, di tangan tentera Israel di hadapan semua orang, kata Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan Palestin pada Isnin.

Dalam sidang akhbar diadakan suruhanjaya itu di Ramallah, Khaled Mhajne yang juga peguam suruhanjaya berkenaan, melaporkan perbualannya dengan wartawan Gaza Al-Araby TV, Mohammed Arab, yang diculik tentera Israel semasa serbuan ke atas Hospital al-Shifa pada 18 Mac lalu.

“Mohammed Arab, wartawan TV Al-Araby, memaklumkan kepada saya tentang kes rogol banduan, termasuk penyeksaan yang dilakukan di hadapan semua orang,” kata Mhajne.

Dalam temu bual dengan TV Al-Araby, Mhajne menceritakan kes Mohammed memaklumkan kepadanya membabitkan seorang tahanan berusia 27 tahun yang dirogol, dipaksa tidur meniarap, diserang anjing polis “dan kemudian dirogol menggunakan alat pemadam api dengan tiubnya dimasukkan ke dalam duburnya”.

Alat pemadam api itu kemudiannya diaktifkan untuk melepaskan bahan kimia ke dalam badan lelaki malang itu, kata Mhajne.

Mohammed turut melaporkan mengenai seorang tahanan yang baru-baru ini meninggal dunia disebabkan tidak mendapat rawatan perubatan mencukupi.

Mhajne berkata adalah mustahil untuk mengetahui berapa ramai rakyat Palestin dari Gaza telah mati dalam tahanan kerana maklumat itu disembunyikan rejim Israel. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending