Antarabangsa
Ketua Mossad ikrar buru ahli Hamas
Ketua agensi perisikan Israel ‘Mossad’, David Barnea pada Rabu dilaporkan berikrar akan memburu setiap ahli Hamas yang terlibat dalam serangan terhadap Israel pada 7 Oktober lalu, tidak kira di mana mereka berada.
- Ketua agensi perisikan Israel ‘Mossad’, David Barnea pada Rabu dilaporkan berikrar akan memburu setiap ahli Hamas yang terlibat dalam serangan terhadap Israel pada 7 Oktober lalu, tidak kira di mana mereka berada.
- Barnea berkata demikian sehari selepas insiden pembunuhan Naib Ketua Hamas, Saleh Al-Arouri dalam serangan dron di Beirut, Lubnan, yang dipercayai didalangi rejim zionis Israel.
- Setakat ini, Israel menolak untuk memberi komen mengenai pembunuhan itu.
- Namun kenyataan Barnea itu dilihat sebagai isyarat kuat yang rejim Israel terlibat di belakang insiden serangan berkenaan.
- Pemimpin Hizbullah, Sayyed Hassan Nasrallah pada Rabu berikrar akan membalas serangan rejim Israel dan menegaskan pembunuhan Al-Arouri, tidak akan berlalu tanpa tindak balas dan hukuman.
Ketua agensi perisikan Israel ‘Mossad’, David Barnea pada Rabu dilaporkan berikrar akan memburu setiap ahli Hamas yang terlibat dalam serangan terhadap Israel pada 7 Oktober lalu, tidak kira di mana mereka berada.
Barnea berkata demikian sehari selepas insiden pembunuhan Naib Ketua Hamas, Saleh Al-Arouri dalam serangan dron di Beirut, Lubnan, yang dipercayai didalangi rejim zionis Israel.
Setakat ini, Israel menolak untuk memberi komen mengenai pembunuhan itu.
Namun kenyataan Barnea itu dilihat sebagai isyarat kuat yang rejim Israel terlibat di belakang insiden serangan berkenaan.
Barnea membuat perbandingan dengan peristiwa pembunuhan atlet Israel semasa Olimpik Munich 1972 oleh anggota pejuang Palestin yang mana agen Mossad telah menjejaki dan membunuh mereka, lapor agensi berita AP pada Khamis.
Israel dalam keadaan berjaga-jaga semalam bagi menghadapi sebarang kemungkinan tindak balas serangan kumpulan Hizbullah selepas insiden di Beirut yang mengorbankan Al-Arouri.
Pemimpin Hizbullah, Sayyed Hassan Nasrallah pada Rabu berikrar akan membalas serangan rejim Israel dan menegaskan pembunuhan Al-Arouri, tidak akan berlalu tanpa tindak balas dan hukuman.
Hassan Nasrallah berkata Hizbullah setakat ini berhati-hati mengenai perancangan strateginya dalam konflik itu bagi mengimbangi keperluan antara menyokong Gaza dan mengambil kira kepentingan nasional Lubnan.
Tetapi sekiranya Israel melancarkan peperangan ke atas Lubnan, kumpulan pejuang itu bersedia untuk berperang habis-habisan, kata pemimpin Hizbullah itu.
“Mereka akan menyesal,” tegas Hassan Nasrallah.
Agensi berita antarabangsa itu juga melaporkan pembunuhan Al-Arouri memberikan dorongan moral buat rakyat Israel yang masih terkesan dengan serangan 7 Oktober lalu ketika Hamas terus memberi tentangan sengit mempertahankan Gaza selain menahan puluhan tawanan Israel. – The Merdeka Times