Terkini
KDN rampas jam dinding digital al-Quran bernilai RM1.1 juta
Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyita 3,254 unit jam dinding digital mengandungi audio 30 juzuk al-Quran dengan fungsi azan dianggarkan bernilai RM1.1 juta.

- Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyita 3,254 unit jam dinding digital mengandungi audio 30 juzuk al-Quran dengan fungsi azan dianggarkan bernilai RM1.1 juta.
- Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN, Nik Yusaimi Yussof berkata jam itu dirampas dalam empat serbuan di beberapa premis yang dipercayai pengedar jam digital itu di Lembah Klang pada bulan lalu.
- Nik Yusaimi berkata empat lelaki warga tempatan berusia 30-an hingga 40-an ditahan dalam serbuan itu dipercayai memasarkan barangan tersebut melalui platform e-dagang kerana menyalahi Seksyen 6(1) Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 disebabkan tiada perakuan KDN.
- Katanya, jam dinding digital yang dirampas itu didapati mempunyai kesalahan teknikal audio bacaan al-Quran seperti bacaan secara berulang-ulang, bacaan bercampur aduk dengan laungan azan dan terjemahan bahasa lain tidak menepati penggunaan terjemahan di Malaysia yang berpandukan tafsir pimpinan Ar-Rahman.
- “Mana-mana penerbitan al-Quran dalam apa juga bentuk yang mengandungi satu penerbitan al-Quran dalam apa jua bentuk yang mengandungi satu juzuk atau lebih perlu mendapatkan perakuan daripada KDN melalui proses semakan pakar terlebih dahulu sebelum diedar ataupun dijual di negara ini,” katanya dipetik Berita Harian pada Sidang Media Rampasan Jam Dinding Digital Menyalahi Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 di Putrajaya, hari ini.
KUALA LUMPUR – Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyita 3,254 unit jam dinding digital mengandungi audio 30 juzuk al-Quran dengan fungsi azan dianggarkan bernilai RM1.1 juta.
Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN, Nik Yusaimi Yussof berkata jam itu dirampas dalam empat serbuan di beberapa premis yang dipercayai pengedar jam digital itu di Lembah Klang pada bulan lalu.
Nik Yusaimi berkata empat lelaki warga tempatan berusia 30-an hingga 40-an ditahan dalam serbuan itu dipercayai memasarkan barangan tersebut melalui platform e-dagang kerana menyalahi Seksyen 6(1) Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 disebabkan tiada perakuan KDN.

Foto: Jam Dinding Digital yang dirampas.
Katanya, jam dinding digital yang dirampas itu didapati mempunyai kesalahan teknikal audio bacaan al-Quran seperti bacaan secara berulang-ulang, bacaan bercampur aduk dengan laungan azan dan terjemahan bahasa lain tidak menepati penggunaan terjemahan di Malaysia yang berpandukan tafsir pimpinan Ar-Rahman.
“Mana-mana penerbitan al-Quran dalam apa juga bentuk yang mengandungi satu penerbitan al-Quran dalam apa jua bentuk yang mengandungi satu juzuk atau lebih perlu mendapatkan perakuan daripada KDN melalui proses semakan pakar terlebih dahulu sebelum diedar ataupun dijual di negara ini,” katanya dipetik Berita Harian pada Sidang Media Rampasan Jam Dinding Digital Menyalahi Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 di Putrajaya, hari ini.
Produk diimport dari China itu dijual di pasaran melalui platform e-dagang dan media sosial dengan harga RM350 hingga RM350 seunit.
Nik Yusaimi berkata kawalan ini perlu bagi menjamin kesucian al-Quran yang betul untuk diamal rakyat Malaysia bagi mengelak kekeliruan sehingga menjadi ancaman kepada keselamatan dan ketenteraman awam. — The Merdeka Times
