Connect with us

Antarabangsa

Kamu fikir mudah untuk bantuan memasuki Gaza? – Martin Griffins

Ketua Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkongsi risiko dan kesukaran membawa masuk bahan bantuan ke Gaza dengan menggambarkan cabaran-cabaran perlu dilalui di sempadan wilayah itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Kamu fikir mudah untuk bantuan memasuki Gaza? – Martin Griffins
Foto: Ketua Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Martin Griffins.
  • Ketua Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkongsi risiko dan kesukaran membawa masuk bahan bantuan ke Gaza dengan menggambarkan cabaran-cabaran perlu dilalui di sempadan wilayah itu.
  • Maklumat situasi sukar itu dikongsikan Martin Griffins melalui akaunnya di platform X pada 29 Disember lalu yang dilihat lebih sejuta pengguna internet.
  • Perkongsian disenaraikannya itu, termasuk gambaran situasi sukar di sempadan dan potensi serangan rejim zionis Israel setelah merentasi sempadan.

KUALA LUMPUR – Ketua Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkongsi risiko dan kesukaran membawa masuk bahan bantuan ke Gaza dengan menggambarkan cabaran-cabaran perlu dilalui di sempadan wilayah itu.

Maklumat situasi sukar itu dikongsikan Martin Griffins melalui akaunnya di platform X pada 29 Disember lalu yang dilihat lebih sejuta pengguna internet.

Perkongsian disenaraikannya itu, termasuk gambaran situasi sukar di sempadan dan potensi serangan rejim zionis Israel setelah merentasi sempadan.

“Kamu fikir mudah untuk bantuan memasuki Gaza? Fikirkan semula. Tiga lapisan pemeriksaan perlu dilalui sebelum trak dibenarkan masuk, (berlakunya) Kekeliruan dan (keperluan) beratur panjang, (dengan) senarai item larangan semakin meningkat.

“Laluan sempadan yang dilalui dibina untuk pejalan kaki, bukan trak, (dengan) trak disekat oleh masyarakat yang terdesak dan kelaparan, sektor komersial yang telah musnah, pengeboman berterusan, (dan) komunikasi yang lemah, (serta) jalan rosak.

“Trak konvoi ditembak pengganas zionis, penduduk yang trauma dan keletihan bersesak-sesakan dalam secebis tanah kecil (Gaza). 

“Tempat perlindungan yang telah melebihi kapasiti penuh, (dengan) pekerja bantuan sendiri kehilangan tempat tinggal dan terbunuh,” kata Ketua Kemanusiaan PBB itu.

Di akhir hantaran itu, Griffiths menegaskan bahawa “pertempuran mesti dihentikan”. – The Merdeka Times

Author