Connect with us

Antarabangsa

Israel akan hadir mahkamah PBB berhubung pertuduhan “genosid” di Gaza

Israel memutuskan untuk menghadiri pendengaran kes berkaitan “tindakan genosid di Gaza” yang difailkan Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Hague, Belanda, Xinhua memetik laporan laman sesawang Israel Ynet petang Isnin.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Israel akan hadir mahkamah PBB berhubung pertuduhan “genosid” di Gaza
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Israel memutuskan untuk menghadiri pendengaran kes berkaitan “tindakan genosid di Gaza” yang difailkan Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Hague, Belanda, Xinhua memetik laporan laman sesawang Israel Ynet petang Isnin.
  • “Israel telah menandatangani konvensyen menentang pembunuhan beramai-ramai selama beberapa dekad dan kami pastinya tidak akan memboikot prosiding itu, tetapi bangkit dan menangkis plot yang tidak masuk akal terhadap kami,” kata penasihat keselamatan negara Israel Tzachi Hanegbi.

BAITULMAQDIS – Israel memutuskan untuk menghadiri pendengaran kes berkaitan “tindakan genosid di Gaza” yang difailkan Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Hague, Belanda, Xinhua memetik laporan laman sesawang Israel Ynet petang Isnin.

“Israel telah menandatangani konvensyen menentang pembunuhan beramai-ramai selama beberapa dekad dan kami pastinya tidak akan memboikot prosiding itu, tetapi bangkit dan menangkis plot yang tidak masuk akal terhadap kami,” kata penasihat keselamatan negara Israel Tzachi Hanegbi.

Menurut laporan terbabit, keputusan itu didahului dengan perbincangan intensif oleh pegawai-pegawai atasan diketuai Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.

Kes itu difailkan pada Jumaat di mana Israel berdepan tuduhan melanggar Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid berhubung dengan rakyat Palestin di Gaza.

Dalam pemfailan itu, Afrika Selatan turut menggesa ICJ melindungi hak-hak rakyat Palestin daripada sebarang kemudaratan di bawah Konvensyen Genosid. — BERNAMA-XINHUA

Sumber : Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *