Antarabangsa
ICJ akan dengar kes genosid Israel minggu depan
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) akan mendengar hujahan dari Afrika Selatan dan Israel minggu depan selepas Pretoria membuka kes berhubung tindakan genosid rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

- Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) akan mendengar hujahan dari Afrika Selatan dan Israel minggu depan selepas Pretoria membuka kes berhubung tindakan genosid rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.
- Afrika Selatan mahu ICJ mengarahkan Israel untuk segera menggantung operasi ketenteraannya di Gaza.
- ICJ akan mengadakan perbicaraan awam di Istana Keamanan di The Hague pada 11 dan 12 Januari ini, kata mahkamah antarabangsa itu dalam kenyataan.
- Afrika Selatan pada Jumaat lalu memfailkan permohonan di ICJ terhadap rejim Israel yang didakwa melanggar Konvensyen Genosid berhubung tindakannya ke atas rakyat Palestin di Gaza.
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) akan mendengar hujahan dari Afrika Selatan dan Israel minggu depan selepas Pretoria membuka kes berhubung tindakan genosid rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.
Afrika Selatan mahu ICJ mengarahkan Israel untuk segera menggantung operasi ketenteraannya di Gaza.
ICJ akan mengadakan perbicaraan awam di Istana Keamanan di The Hague pada 11 dan 12 Januari ini, kata mahkamah antarabangsa itu dalam kenyataan.
Afrika Selatan pada Jumaat lalu memfailkan permohonan di ICJ terhadap rejim Israel yang didakwa melanggar Konvensyen Genosid berhubung tindakannya ke atas rakyat Palestin di Gaza.
Israel menolak pertuduhan itu dengan Jurucakap Kementerian Luar Israel, Lior Haiat menulis di aplikasi X bahawa, “Israel menolak dengan jijik penyebaran fitnah Afrika Selatan dan permohonannya kepada ICJ”.
Afrika Selatan turut meminta mahkamah memerintahkan kepada Israel untuk segera menggantung operasi ketenteraannya di Gaza selain meminta tindakan munasabah diambil bagi mencegah pembunuhan beramai-ramai di wilayah konflik itu. — The Merdeka Times
