Connect with us

Terkini

(VIDEO) Hubungan Malaysia dengan Hamas baik – Anwar

Malaysia mempunyai hubungan yang baik dengan Hamas, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Hubungan Malaysia dengan Hamas baik – Anwar
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Malaysia mempunyai hubungan yang baik dengan Hamas, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Anwar berkata Malaysia juga menyalurkan sumbangan secara terus kepada warga Palestin di Gaza.
  • “Kita hubungan dengan Hamas baik. Sumbangan yang penting, sumbangan kepada rakyat, dari segi rumah mereka, hospital, jadi kita salur langsung kepada masyarakat,” katanya selepas Majlis Pelancaran Artificial Intelligence (AI) Untuk Rakyat di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika ditanya wartawan The Merdeka Times adakah menjadi kesalahan untuk rakyat Malaysia menghantar bantuan secara terus kepada Hamas dan warga Palestin di Gaza.
  • Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) menyifatkan Hamas yang berpangkalan di Gaza sebagai kumpulan pengganas, malah ia menawarkan ganjaran RM46.5 juta untuk maklumat yang membolehkan negara sekutu Israel itu menjejaskan jaringan kewangan Hamas.
  • Bagaimanapun, bukan semua negara di dunia, termasuk Malaysia, menerima pakai klasifikasi AS terhadap Hamas yang dipilih secara sah oleh warga Palestin di Gaza melalui pilihan raya 2006.

SERDANG – Malaysia mempunyai hubungan yang baik dengan Hamas, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata Malaysia juga menyalurkan sumbangan secara terus kepada warga Palestin di Gaza.

“Kita hubungan dengan Hamas baik. Sumbangan yang penting, sumbangan kepada rakyat, dari segi rumah mereka, hospital, jadi kita salur langsung kepada masyarakat,” katanya selepas Majlis Pelancaran Artificial Intelligence (AI) Untuk Rakyat di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya wartawan The Merdeka Times adakah menjadi kesalahan untuk rakyat Malaysia menghantar bantuan secara terus kepada Hamas dan warga Palestin di Gaza.

Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) menyifatkan Hamas yang berpangkalan di Gaza sebagai kumpulan pengganas, malah ia menawarkan ganjaran RM46.5 juta untuk maklumat yang membolehkan negara sekutu Israel itu menjejaskan jaringan kewangan Hamas.

Jabatan Negara AS mengklasifikasikan kumpulan pembebasan Palestin itu sebagai kumpulan pengganas pada Oktober 1997 dan entiti Specially Designated Global Terrorist (SDGT) pada Oktober 2001.

Bagaimanapun, bukan semua negara di dunia, termasuk Malaysia, menerima pakai klasifikasi AS terhadap Hamas yang dipilih secara sah oleh warga Palestin di Gaza melalui pilihan raya 2006.

Pakar undang-undang antarabangsa dari Malaysia, Profesor Dr Salawati Mat Basir sebelum ini turut menegaskan “dalam undang-undang antarabangsa, tak ada kesalahan membantu atas dasar kemanusiaan sebab mereka (Hamas) legitimate government sejak 2006 yang (cuba) dijatuhkan oleh Israel.” – The Merdeka Times

Author