Connect with us

Antarabangsa

Hasut keganasan dengan ‘pembunuhan beramai-ramai’ umat Islam, Sami Hindu didakwa di India

Pihak berkuasa India mendakwa seorang sami Hindu dengan tuduhan menghasut keganasan agama selepas dia menggesa “pembunuhan beramai-ramai” umat Islam di India pada mesyuarat penyokong sayap kanan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Hasut keganasan dengan 'pembunuhan beramai-ramai' umat Islam, Sami Hindu didakwa di India
Foto: Nasionalis pelampau Hindutva di India, Yati Narsinghanand Giri.
  • Pihak berkuasa India mendakwa seorang sami Hindu dengan tuduhan menghasut keganasan agama selepas dia menggesa “pembunuhan beramai-ramai” umat Islam di India pada mesyuarat penyokong sayap kanan.
  • Pegawai kanan polis, Swatantra Kumar pada Isnin berkata Yati Narsinghanand Giri, penyokong lantang nasionalis sayap kanan yang juga ketua sebuah biara Hindu, pada awalnya ditahan pada Sabtu atas dakwaan membuat kenyataan menghina wanita.
  • Dia hadir ke mahkamah di bandar Haridwar pada keesokan harinya dan ditahan selama 14 hari berikutan ucapan kebencian terhadap umat Islam dan menyeru keganasan terhadap mereka.
  • Kumar berkata sami Giri, yang disifatkannya sebagai “pesalah berulang,” secara rasmi didakwa pada Isnin kerana mempromosikan “permusuhan antara kumpulan berbeza atas alasan agama” dan pertuduhan itu membawa kepada hukuman penjara lima tahun.

Pihak berkuasa India mendakwa seorang sami Hindu dengan tuduhan menghasut keganasan agama selepas dia menggesa “pembunuhan beramai-ramai” umat Islam di India pada mesyuarat penyokong sayap kanan.

Pegawai kanan polis, Swatantra Kumar pada Isnin berkata Yati Narsinghanand Giri, penyokong lantang nasionalis sayap kanan yang juga ketua sebuah biara Hindu, pada awalnya ditahan pada Sabtu atas dakwaan membuat kenyataan menghina wanita.

Dia hadir ke mahkamah di bandar Haridwar pada keesokan harinya dan ditahan selama 14 hari berikutan ucapan kebencian terhadap umat Islam dan menyeru keganasan terhadap mereka.

Kumar berkata sami Giri, yang disifatkannya sebagai “pesalah berulang,” secara rasmi didakwa pada Isnin kerana mempromosikan “permusuhan antara kumpulan berbeza atas alasan agama” dan pertuduhan itu membawa kepada hukuman penjara lima tahun.

Menurut aduan polis dipetik Al Jazeera, Giri dan pemimpin agama lain menyeru umat Hindu mempersiapkan diri mereka untuk “pembunuhan beramai-ramai” terhadap umat Islam semasa pertemuan di Haridwar, sebuah bandar suci utara di negeri Uttarakhand, India, pada Disember lalu.

Uttarakhand diperintah parti nasionalis Hindu, Parti Bharatiya Janata (BJP) yang diketuai Perdana Menteri India, Narendra Modi.

BJP berkuasa pada 2014 dan pemilihan semula parti politik itu pada 2019 membawa kepada peningkatan serangan terhadap umat Islam dan minoriti lain.

Umat Islam merangkumi hampir 14 peratus daripada 1.4 billion penduduk India, negara yang majoriti besar populasinya beragama Hindu yang telah lama mengisytiharkan ciri berbilang budayanya. – The Merdeka Times

Author