Connect with us

Antarabangsa

Hanya perintah ICJ dapat hentikan penderitaan di Gaza – Peguam Afrika Selatan

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague memulakan perbicaraan kes pembunuhan beramai-ramai (genosid) dilakukan rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza pada Khamis. 

Wartawan TMT

Published

on

Hanya perintah ICJ dapat hentikan penderitaan di Gaza – Peguam Afrika Selatan
Foto: Peguam yang mewakili Afrika Selatan, Adila Hassim.
  • Peguam yang mewakili Afrika Selatan, Adila Hassim berkata Israel telah melanggar Artikel II Konvensyen Genosid, termasuk “pembunuhan besar-besaran” rakyat Palestin di Gaza.
  • “Israel mengerahkan 6,000 bom setiap minggu … tiada siapa yang terselamat. Tidak juga bayi baru lahir. Ketua Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan (Gaza) sebagai tanah perkuburan untuk kanak-kanak.
  • “Tiada apa-apa yang dapat menghentikan penderitaan (di Gaza), kecuali perintah daripada mahkamah ini,” katanya dipetik Al Jazeera di mana Afrika Selatan mendesak ICJ untuk mengarahkan Israel menggantung kempen ketenteraannya di Gaza.
  • ICJ adalah mahkamah tertinggi di bawah PBB dan bidang kuasanya meliputi negara-negara anggota PBB.
  • Bagaimanapun, penguatkuasaan penghakiman ICJ bergantung kepada kelulusan Majlis Keselamatan PBB yang masih tertakluk kepada veto anggota tetapnya.
  • “Pemimpin politik Israel, komander tentera dan orang yang memegang jawatan rasmi telah secara sistematik dan secara terangan mengisytiharkan niat membunuh mereka,” kata seorang lagi peguam mewakili Afrika Selatan, Tembeka Ngcukaitobi.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague memulakan perbicaraan kes pembunuhan beramai-ramai (genosid) dilakukan rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza pada Khamis. 

Israel dituduh melanggar Konvensyen Genosid 1948, yang digubal selepas insiden Holocaust, mewajibkan semua negara yang menandatangani konvensyen itu untuk mengelakkan jenayah kejam itu daripada berulang.

Kes itu dikemukakan Afrika Selatan untuk dibicarakan di ICJ.

Peguam yang mewakili Afrika Selatan, Adila Hassim berkata Israel telah melanggar Artikel II Konvensyen Genosid, termasuk “pembunuhan besar-besaran” rakyat Palestin di Gaza.

“Israel mengerahkan 6,000 bom setiap minggu … tiada siapa yang terselamat. Tidak juga bayi baru lahir. Ketua Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan (Gaza) sebagai tanah perkuburan untuk kanak-kanak.

“Tiada apa-apa yang dapat menghentikan penderitaan (di Gaza), kecuali perintah daripada mahkamah ini,” katanya dipetik Al Jazeera di mana Afrika Selatan mendesak ICJ untuk mengarahkan Israel menggantung kempen ketenteraannya di Gaza.

ICJ adalah mahkamah tertinggi di bawah PBB dan bidang kuasanya adalah meliputi negara-negara anggota PBB.

Bagaimanapun, penguatkuasaan arahan atau penghakiman ICJ bergantung kepada kelulusan Majlis Keselamatan PBB yang masih tertakluk kepada veto anggota tetapnya.

Profesor PBB dan sejarah antarabangsa, Alanna O’Malley menyatakan kepada Al Jazeera kes Afrika Selatan adalah “bersejarah”.

“Kami melihat dari penggunaan pelbagai artikel Konvensyen Genosid oleh pasukan undang-undang Afrika Selatan dengan cara mereka membentangkan kes ini secara struktur,” kata O’Malley, dilihat sebagai “amat menarik”.

Tembeka Ngcukaitobi, seorang lagi peguam untuk Afrika Selatan berkata, menangani isu seperti “niat genosid” Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza, biasanya perkara paling sukar  dibuktikan adalah dalam kes sebeginii.

“Pemimpin politik Israel, komander tentera dan orang yang memegang jawatan rasmi telah secara sistematik dan secara terangan mengisytiharkan niat membunuh mereka.

“Kenyataan-kenyataan ini kemudiannya diulangi oleh tentera di Gaza ketika mereka terlibat dalam pemusnahan wilayah Palestin dan infrastruktur fizikal di Gaza,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah serang balas “100 roket Katyusha” ke Israel

Hizbullah Lubnan menyerang balas “100 roket Katyusha” menyasar dua kedudukan Israel pada Rabu selepas serangan rejim zionis di selatan Lubnan membunuh seorang komander kanan kumpulan itu.

Wartawan TMT

Published

on

Hizbullah serang balas “100 roket Katyusha” ke Israel
Foto : Gambar sekadar hiasan.
  • Hizbullah Lubnan menyerang balas “100 roket Katyusha” menyasar dua kedudukan Israel pada Rabu selepas serangan rejim zionis di selatan Lubnan membunuh seorang komander kanan kumpulan itu.
  • “Sebagai sebahagian daripada tindak balas terhadap serangan dan pembunuhan musuh” di bandar pantai selatan Tyre, Hizbullah menyerang dua kedudukan Israel di Dataran Tinggi Golan “dengan 100 roket Katyusha,” demikian menurut kenyataan kumpulan itu.
  • Awal hari ini, Hizbullah mengumumkan pembunuhan seorang komander kanannya pada Rabu dalam serangan Israel ke atas sebuah kenderaan di selatan Lubnan.

Hizbullah Lubnan menyerang balas “100 roket Katyusha” menyasar dua kedudukan Israel pada Rabu selepas serangan rejim zionis di selatan Lubnan membunuh seorang komander kanan kumpulan itu.

“Sebagai sebahagian daripada tindak balas terhadap serangan dan pembunuhan musuh” di bandar pantai selatan Tyre, Hizbullah menyerang dua kedudukan Israel di Dataran Tinggi Golan “dengan 100 roket Katyusha,” demikian menurut kenyataan kumpulan itu.

Roya News melaporkan Hizbullah mengumumkan pembunuhan seorang komander kanannya pada Rabu dalam serangan Israel ke atas sebuah kenderaan di selatan Lubnan.

“Seorang komander Hizbullah yang bertanggungjawab terhadap salah satu daripada tiga sektor di selatan Lubnan terbunuh” dalam “serangan Israel ke atas sebuah kereta di Tyre”, kata sumber kepada Agence France-Presse (AFP).

Komander terbunuh ialah Mohamed Naim Nasser, 59 tahun, ketua unit Aziz Hizbullah yang mengawal salah satu daripada tiga bahagian wilayah selatan Lubnan.

Unit itu bertanggungjawab terhadap daerah timur di sempadan Lubnan dan Israel. – The Merdeka Times

 

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending