Connect with us

Antarabangsa

Hamas seru negara Arab, Islam tamatkan kepungan ke atas Gaza

Pemimpin Hamas, Osama Hamdan menyeru negara Arab dan Islam menekan Israel dan Amerika Syarikat di bawah pentadbiran Presiden Joe Biden untuk menghentikan sekatan ke atas Gaza bagi membolehkan bantuan kemanusiaan segera dihantar ke wilayah konflik itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Hamas seru negara Arab, Islam tamatkan kepungan ke atas Gaza
Foto: Pemimpin Hamas, Osama Hamdan.
  • Pemimpin Hamas, Osama Hamdan menyeru negara Arab dan Islam menekan Israel dan Amerika Syarikat di bawah pentadbiran Presiden Joe Biden untuk menghentikan sekatan ke atas Gaza bagi membolehkan bantuan kemanusiaan segera dihantar ke wilayah konflik itu.
  • “Kami menggesa Pertubuhan Kerjasama Islam dan Liga Arab untuk memecahkan kepungan ke atas Gaza dengan pantas dan segera, dan memaksa penjajah untuk membenarkan konvoi rasmi dan umum dengan kelengkapan perubatan dan pertahanan awam serta bantuan kemanusiaan ke semua kawasan di Gaza,” katanya dipetik Al Jazeera pada Khamis.

Pemimpin Hamas, Osama Hamdan menyeru negara Arab dan Islam menekan Israel dan Amerika Syarikat di bawah pentadbiran Presiden Joe Biden untuk menghentikan sekatan ke atas Gaza bagi membolehkan bantuan kemanusiaan segera dihantar ke wilayah konflik itu.

“Kami menggesa Pertubuhan Kerjasama Islam dan Liga Arab  untuk memecahkan kepungan ke atas Gaza dengan pantas dan segera, dan memaksa penjajah untuk membenarkan konvoi rasmi dan umum dengan kelengkapan perubatan dan pertahanan awam serta bantuan kemanusiaan ke semua kawasan di Gaza,” katanya dipetik Al Jazeera pada Khamis.

Menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan, sekurang-kurangnya 24,448 rakyat Palestin di Gaza terbunuh, majoritinya wanita dan kanak-kanak, manakala 61,504 lagi tercedera sejak perang pada 7 Oktober lalu.

Di pihak Israel, dipercayai 1,200 warga negara haram itu, majoritinya tentera zionis, terkorban dalam serangan pejuang Hamas. – The Merdeka Times

Author