Antarabangsa
(VIDEO) Gagal bakar al-Quran, Ketua kumpulan rasis anti-Islam Belanda lari selamatkan diri
Pemimpin kumpulan anti-Islam Belanda (PEGIDA), Edwin Wagensveld gagal dalam cubaannya membakar mushaf al-Quran di bandar Arnhem, Belanda pada Sabtu lalu.
Pemimpin kumpulan anti-Islam Belanda (PEGIDA), Edwin Wagensveld gagal dalam cubaannya membakar mushaf al-Quran di bandar Arnhem, Belanda pada Sabtu lalu.
Orang ramai berkumpul memprotes tindakannya itu dengan pasukan polis menghalang tindakan orang ramai dan melindungi Wagensveld, demikian lapor Middle East Eye.
Beberapa lelaki berjaya mengganggu Wagensveld dalam cubaannya membakar mushaf al-Quran itu sehingga akhirnya dia lari menyelamatkan diri ke dalam van polis apabila terus diserang.
Polis memaklumkan tindakan ketua kumpulan rasis anti-Islam itu mendapat kebenaran Majlis Perbandaran Arnhem, lapor agensi berita Anadolu.
Mushaf al-Quran yang akhirnya gagal dibakar itu dilihat diambil dan dibawa pergi seorang lelaki dalam kalangan orang ramai yang membantah tindakan pembakaran kitab suci umat Islam itu.
Pada 18 Ogos dan 23 September tahun lalu, Wagensveld mengoyak dan memijak mushaf al-Quran di hadapan Kedutaan Turkiye di The Hague dengan beberapa cubaan membakar dan mengoyak al-Quran lain turut diadakannya sebelum ini. – The Merdeka Times
View this post on Instagram