Connect with us

Terkini

Elak mahkamah dipersalahkan, Pendakwa Raya perlu nyata alasan pengguguran kes profil tinggi

Pendakwa Raya perlu menjelaskan alasan pertuduhan melibatkan kes berprofil tinggi atau kepentingan awam digugurkan untuk mengelakkan sistem kehakiman negara dipersalahkan kelompok tertentu, termasuk masyarakat.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Peguam Negara digesa perbetulkan kenyataan Pendakwa Raya tidak perlu beritahu alasan gugur tuduhan
Foto: Peguam Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh (kiri) & Peguam kanan, Haniff Khatri Abdulla (kanan).
  • Peguam kanan, Haniff Khatri Abdulla berkata apabila melibatkan kes berprofil tinggi dilepaskan pertuduhan, ditarik balik pertuduhan dan kemudiannya mahkamah perintahkan pelepasan sama ada pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) ataupun pembebasan dengan pelepasan, ia boleh menyebabkan rakyat yang tidak mengetahui selok-belok perundangan dan kehakiman akan menuding jari secara salah kepada mahkamah.
  • Katanya, ini kerana mereka melihat seolah-olah mahkamah yang membuat keputusan berkaitan pengguguran pertuduhan tersebut.
  • “Walhal seperti yang betul dan tepat dinyatakan Ketua Hakim Negara (sebelum ini) bahawa pilihan yang ada di tangan hakim apabila Pendakwa Raya gugurkan pertuduhan adalah cuma untuk memberi satu daripada dua pilihan sama ada DNAA ataupun pembebasan mutlak. 
  • “Oleh kerana inilah, yakni oleh kerana (ada) rakyat tidak faham selok-belok perundangan dan kehakiman dan untuk mengelakkan tuding jari yang salah kepada sistem kehakiman negara yang boleh menjatuhkan hormat masyarakat kepada sistem kehakiman menjadi amat penting supaya Pendakwa Raya yakni pejabat Peguam Negara mengeluarkan kenyataan kenapakah pengguguran kes dilakukan dalam kes-kes melibatkan kepentingan awam,” katanya menerusi klip video yang dimuat naik di Facebook, semalam.
  • Beliau mengulas kenyataan Peguam Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh yang dilaporkan media tempatan sebagai berkata, Pendakwa Raya tidak perlu memberikan alasan di sebalik pertuduhan jenayah dimulakan atau dihentikan terhadap seseorang di mahkamah.

KUALA LUMPUR — Pendakwa Raya perlu menjelaskan alasan pertuduhan melibatkan kes berprofil tinggi atau kepentingan awam digugurkan untuk mengelakkan sistem kehakiman negara dipersalahkan kelompok tertentu, termasuk masyarakat.

Peguam kanan, Haniff Khatri Abdulla berkata apabila melibatkan kes berprofil tinggi dilepaskan pertuduhan, ditarik balik pertuduhan dan kemudiannya mahkamah perintahkan pelepasan sama ada pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) ataupun pembebasan dengan pelepasan, ia boleh menyebabkan rakyat yang tidak mengetahui selok-belok perundangan dan kehakiman akan menuding jari secara salah kepada mahkamah.

Katanya, ini kerana mereka melihat seolah-olah mahkamah yang membuat keputusan berkaitan dengan pengguguran pertuduhan tersebut.

“Walhal seperti yang betul dan tepat dinyatakan Ketua Hakim Negara (sebelum ini) bahawa pilihan yang ada di tangan hakim apabila Pendakwa Raya gugurkan pertuduhan adalah cuma untuk memberi satu daripada dua pilihan sama ada DNAA ataupun pembebasan mutlak. 

“Oleh kerana inilah, yakni oleh kerana (ada) rakyat tidak faham selok-belok perundangan dan kehakiman dan untuk mengelakkan tuding jari yang salah kepada sistem kehakiman negara yang boleh menjatuhkan hormat masyarakat kepada sistem kehakiman menjadi amat penting supaya Pendakwa Raya yakni pejabat Peguam Negara mengeluarkan kenyataan kenapakah pengguguran kes dilakukan dalam kes-kes melibatkan kepentingan awam,” katanya menerusi klip video yang dimuat naik di Facebook, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Peguam Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh yang dilaporkan media tempatan sebagai berkata, Pendakwa Raya tidak perlu memberikan alasan di sebalik pertuduhan jenayah dimulakan atau dihentikan terhadap seseorang di mahkamah.

Dalam ucapan sulungnya pada pembukaan Tahun Perundangan 2024 semalam, Terrirudin berkata Pendakwa Raya diberi kuasa membuat  keputusan sedemikian di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Pada masa sama, media turut melaporkan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat mengatakan apabila pendakwa raya menarik balik sesuatu pertuduhan jenayah, badan kehakiman negara secara tidak adil akan dipersalahkan.

Tengku Maimun berkata apabila pihak pendakwaan menarik balik sesuatu pertuduhan, mahkamah jenayah hanya ada pilihan yang terhad iaitu membenarkan tertuduh DNAA, atau memberi pembebasan penuh.

Tanpa menamakan sesiapa, hakim tertinggi negara itu kemudian merujuk kes jenayah berprofil tinggi pada tahun lalu apabila hakim memberikan keputusan DNAA dianggap korup, tidak kompeten atau kedua-duanya oleh pihak tertentu.

Tengku Maimun berkata orang ramai perlu faham pihak bertanggungjawab untuk keputusan itu ialah pendakwa raya, bukannya mahkamah.

Mengulas lanjut, Haniff berkata penjelasan Pendakwa Raya kepada rakyat perlu dikeluarkan supaya mereka dapat menilai sama ada keputusan pengguguran itu tanpa gundah ganjara (tanpa mengambil pihak) ataupun dengan gundah ganjara yang juga boleh menghapuskan persepsi salah rakyat selama ini.

“Justeru, saya dengan penuh rendah diri mengatakan peguam negara Ahmad Terrirudin Mohd Salleh wajar membetulkan kenyataan beliau pada hari ini (semalam) walaupun beliau mempunyai budi bicara mutlak membuat keputusan di bawah perkara 145 fasal 3. 

“Beliau hendaklah sentiasa berpegang kepada tanggungjawab memelihara keyakinan rakyat kepada sistem perundangan dan kehakiman negara dengan cara memberi kenyataan yang penuh dan lengkap apabila mana-mana keputusan berprofil tinggi dibuat untuk melepaskan atau menggugurkan pertuduhan supaya pihak hakim, sistem kehakiman tidak dituding jari secara salah seperti mana dinyatakan dengan betul dan tepat oleh Yang Amat Arif, Ketua Hakim Negara,” katanya. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Haniff Khatri

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *