Antarabangsa
Dituduh beri coklat kepada gadis Hindu, remaja Muslim dibelasah pelampau Hindu
Dua remaja Muslim dibelasah sekumpulan lelaki pelampau Hindu di Chikkamagaluru, Karnataka, India pada Selasa lalu selepas dituduh mendekati seorang gadis Hindu dengan memberinya coklat.

- Dua remaja Muslim dibelasah sekumpulan lelaki pelampau Hindu di Chikkamagaluru, Karnataka, India pada Selasa lalu selepas dituduh mendekati seorang gadis Hindu dengan memberinya coklat.
- Mangsa yang juga adik beradik sepupu, Mohammad Munaaz dan Sameer, kedua-duanya berusia 19 tahun, dilaporkan diserang kumpulan pelampau Hindu itu di hentian bas.
- Kumpulan pelampau Hindu itu juga dilaporkan merancang menculik kedua-dua mangsa dan membelasah mereka hinggalah polis tiba di lokasi kejadian.
- “Mereka kata anak lelaki kami memberi coklat kepada seorang gadis Hindu, tetapi tiada gadis yang terlibat dalam kes itu sama sekali,” kata Moidin, bapa Munaaz dipetik The Observer Post.
- Moidin mendakwa tindakan kumpulan pelampau Hindu itu adalah cubaan mengganggu ketenteraman menjelang pilihan raya.
- “Mereka (BJP-RSS) menuduh golongan muda itu terlibat dengan percintaan berlainan agama. Ia hanya bertujuan menimbulkan kontroversi dan ketegangan,” katanya.
Dua remaja Muslim dibelasah sekumpulan lelaki pelampau Hindu di Chikkamagaluru, Karnataka, India pada Selasa lalu selepas dituduh mendekati seorang gadis Hindu dengan memberinya coklat.
Dua kes berasingan berhubung insiden itu didaftarkan di Balai Polis Mudigere dan empat suspek telah ditahan.
Mangsa yang juga adik beradik sepupu, Mohammad Munaaz dan Sameer, kedua-duanya berusia 19 tahun, dilaporkan diserang kumpulan pelampau Hindu itu di hentian bas.
Kumpulan pelampau Hindu itu juga dilaporkan merancang menculik kedua-dua mangsa dan membelasah mereka hinggalah polis tiba di lokasi kejadian.
“Mereka kata anak lelaki kami memberi coklat kepada seorang gadis Hindu, tetapi tiada gadis yang terlibat dalam kes itu sama sekali,” kata Moidin, bapa Munaaz dipetik The Observer Post.
Seminggu sebelumnya, Munaaz diugut dua lelaki menaiki motosikal di mana mereka bertanyakan maklumat mengenai keluarga dan alamat tempat tinggalnya di Banakal.
Individu itu juga mengugut Munaaz dengan berkata, “Awak datang ke Mudigere, kami akan ajar awak”.
Dia tidak mengadukan insiden itu kepada sesiapa melainkan abangnya dan mengabaikan perkara tersebut.
Moidin mendakwa tindakan kumpulan pelampau Hindu itu adalah cubaan mengganggu ketenteraman menjelang pilihan raya.
“Sejak Parti Kongres kembali berkuasa, BJP-RSS (Bharatiya Janata Party -Rashtriya Swayamsevak Sangh) cuba mensasarkan golongan muda dan memukul mereka tanpa sebab.
“Mereka menuduh golongan muda itu terlibat dengan percintaan berlainan agama. Ia hanya bertujuan menimbulkan kontroversi dan ketegangan,” katanya. – The Merdeka Times
