Terkini
Batalkan Pesta Muzik Kuantan – Pemuda PAS Pahang
Kerajaan Negeri Pahang digesa membatalkan penganjuran Pesta Muzik Kuantan yang bakal berlangsung pada 24 Februari depan, menjelang Ramadan nanti.
- Kerajaan Negeri Pahang digesa membatalkan penganjuran Pesta Muzik Kuantan yang bakal berlangsung pada 24 Februari depan, menjelang Ramadan nanti.
- Gesaan itu dibuat dengan memetik ucapan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ketika berkempen di PRK Pelangai; ”Apa yang tak Islam nya? Pahang ni lebih (Islam) dari negeri yang mereka (PAS) perintah” pada 28 September 2023.
- Ketua Pemuda PAS Pahang, Mohd Zarimi Abu Zih meluahkan kekesalannya terhadap penganjuran pesta muzik di Kuantan yang bakal berlangsung pada 24 Februari 2024 bersamaan 14 Syaaban 1445H iaitu 15 hari sebelum bermula ibadah puasa Ramadan.
- “Penganjuran (Pesta Kuantan Pahang) ini jelas dengan tiada langsung sensitiviti kepada keadaan semasa juga di mana umat Islam di Palestin masih lagi diserang oleh puak zionis dan pakatan ahzab moden laknatullah.
- “Kita kini baru memasuki bulan Rejab yang jelas berkaitan dengan isu Palestin. Kedatangan Rejab juga dikaitkan dengan satu doa yang diajarkan baginda Rasulullah SAW menunjukkan Ramadan semakin menghampiri kita,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini, semalam.
- Beliau berkata bulan Rejab dan Syaaban merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan, maka ibadah seperti puasa sunat, sedekah, zikir, membaca Al-Quran dan lain-lain sepatutnya perlu diperbanyakkan.
KUALA LUMPUR – Kerajaan Negeri Pahang digesa membatalkan penganjuran Pesta Muzik Kuantan yang bakal berlangsung pada 24 Februari depan, menjelang Ramadan nanti.
Gesaan itu dibuat dengan memetik ucapan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ketika berkempen di PRK Pelangai; ”Apa yang tak Islam nya? Pahang ni lebih (Islam) dari negeri yang mereka (PAS) perintah” pada 28 September 2023.
Ketua Pemuda PAS Pahang, Mohd Zarimi Abu Zih meluahkan kekesalannya terhadap penganjuran pesta muzik di Kuantan yang bakal berlangsung pada 24 Februari 2024 bersamaan 14 Syaaban 1445H iaitu 15 hari sebelum bermula ibadah puasa Ramadan.
“Penganjuran (Pesta Kuantan Pahang) ini jelas dengan tiada langsung sensitiviti kepada keadaan semasa juga di mana umat Islam di Palestin masih lagi diserang oleh puak zionis dan pakatan ahzab moden laknatullah.
“Kita kini baru memasuki bulan Rejab yang jelas berkaitan dengan isu Palestin. Kedatangan Rejab juga dikaitkan dengan satu doa yang diajarkan baginda Rasulullah SAW menunjukkan Ramadan semakin menghampiri kita,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini, semalam.
Beliau berkata bulan Rejab dan Syaaban merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan, maka ibadah seperti puasa sunat, sedekah, zikir, membaca Al-Quran dan lain-lain sepatutnya perlu diperbanyakkan.
“Kian hari kita semakin jauh dengan agama. Sesetengah pihak ingin mengajak masyarakat dengan hiburan tanpa peduli kepada nasib umat Islam yang sering ditekan, disekat berkuliah dan sebagainya? Cukup!!
“Jika benar Pahang lebih Islam, kita mendesak agar pihak kerajaan negeri membatalkan penganjuran Pesta Muzik Kuantan ini sebelum penganjuran ini benar-benar berlaku nanti di saat hampirnya dengan Ramadan,” katanya.
Mengulas lanjut, Mohd Zarimi berkata Pemuda PAS Pahang memandang serius akan hiburan melampau yang kian membarah di negeri Pahang khususnya dan Malaysia amnya.
Beliau berkata Pemuda PAS Pahang akan terus menerapkan nilai-nilai Islam sesuai dengan matlamat penubuhan PAS seperti termaktub di dalam Perlembagaan Parti Islam Se-Malaysia. — The Merdeka Times
Sumber: Facebook Pemuda PAS Pahang