Antarabangsa
Arab Saudi, Amerika Syarikat dan EU kecam pengusiran haram Israel ke atas penduduk Gaza
Arab Saudi, Qatar, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kuwait, Amerika Syarikat (AS), Perancis dan Kesatuan Eropah (EU) mengecam kenyataan dua menteri pelampau Israel yang mendesak rakyat Palestin dipaksa keluar dari Gaza.

- Arab Saudi, Qatar, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kuwait, Amerika Syarikat (AS), Perancis dan Kesatuan Eropah (EU) mengecam kenyataan dua menteri pelampau Israel yang mendesak rakyat Palestin dipaksa keluar dari Gaza.
- Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir menggesa “penyelesaian untuk menggalakkan penghijrahan penduduk Gaza” dan penubuhan semula penempatan haram Israel di kawasan Palestin.
- Perkara itu dikatakannya sehari selepas Menteri Kewangan, Bezalel Smotrich membuat kenyataan yang sama.
- Arab Saudi “mengutuk dan menolak komen kedua-dua menteri itu secara mutlak,” kata Kementerian Luar Arab Saudi dipetik Arab News pada Khamis.
- Kerajaan Saudi turut menyeru masyarakat antarabangsa untuk bertindak menghadapi “kegigihan (Israel) melanggar undang-undang antarabangsa.”
Arab Saudi, Qatar, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kuwait, Amerika Syarikat (AS), Perancis dan Kesatuan Eropah (EU) mengecam kenyataan dua menteri pelampau Israel yang mendesak rakyat Palestin dipaksa keluar dari Gaza.
Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir menggesa “penyelesaian untuk menggalakkan penghijrahan penduduk Gaza” dan penubuhan semula penempatan haram Israel di kawasan Palestin.
Perkara itu dikatakannya sehari selepas Menteri Kewangan, Bezalel Smotrich membuat kenyataan yang sama.
Arab Saudi “mengutuk dan menolak komen kedua-dua menteri itu secara mutlak,” kata Kementerian Luar Arab Saudi dipetik Arab News pada Khamis.
Kerajaan Saudi turut menyeru masyarakat antarabangsa untuk bertindak menghadapi “kegigihan (rejim zionis Israel) melanggar undang-undang antarabangsa.”
Selain Arab Saudi, Qatar, Kuwait dan UAE, negara bukan Arab iaitu AS, Perancis, dan blok EU turut mengecam komen kedua-dua menteri rejim zionis itu.
Ben-Gvir mempunyai sabitan jenayah kerana menyokong keganasan dan berdepan pertuduhan kerana ucapan kebencian dan Smotrich yang tinggal di penempatan haram di Tebing Barat yang diduduki terkenal dengan sentimen anti-Palestin. – The Merdeka Times
