Antarabangsa
Apa akan berlaku selepas kes genosid Gaza di ICJ?
Israel dan Afrika Selatan masing-masing membentangkan kes dalam perbicaraan awam di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 11 dan 12 Januari lalu.

- Israel dan Afrika Selatan masing-masing membentangkan kes dalam perbicaraan awam di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 11 dan 12 Januari lalu.
- Dalam pemfailan kepada ICJ, Afrika Selatan meminta mahkamah antarabangsa itu mengeluarkan beberapa perintah untuk dikenakan ke atas Israel.
- Ini termasuk permintaan supaya Israel “menggantung serta-merta” serangannya di Gaza, menghentikan pemindahan paksa penduduk Palestin di wilayah itu dan membolehkan akses kemanusiaan, termasuk mengekalkan bukti-buktinya.
- Keputusan ICJ mengikat negara terlibat tanpa sebarang rayuan boleh dibuat. Walau bagaimanapun, ICJ tidak mempunyai cara untuk menguatkuasakan keputusannya dan kadangkala ia diabaikan sepenuhnya.
- ICJ selama ini tidak dikenali atas kelajuan tindakannya tetapi “langkah sementara” (provisional measures) yang terlibat biasanya diutamakan berbanding kes-kes lain dan keputusan biasanya dibuat agak cepat iaitu dalam beberapa minggu.
- ICJ boleh memerintahkan semua langkah diminta Afrika Selatan. Ia boleh menolak dari memerintahkan apa-apa, memerintahkan sesuatu berbeza sama sekali atau memutuskan ia tidak kompeten untuk dihakimi.
Israel dan Afrika Selatan masing-masing membentangkan kes dalam perbicaraan awam di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 11 dan 12 Januari lalu.
Dalam pemfailan kepada ICJ, Afrika Selatan meminta mahkamah antarabangsa itu mengeluarkan beberapa perintah untuk dikenakan ke atas Israel.
Ini termasuk permintaan supaya Israel “menggantung serta-merta” serangannya di Gaza, menghentikan pemindahan paksa penduduk Palestin di wilayah itu dan membolehkan akses kemanusiaan, termasuk mengekalkan bukti-buktinya.
Keputusan ICJ mengikat negara-negara terlibat tanpa sebarang rayuan boleh dibuat. Walau bagaimanapun, ICJ tidak mempunyai cara untuk menguatkuasakan keputusannya dan kadangkala ia diabaikan sepenuhnya.
ICJ selama ini tidak dikenali atas kelajuan tindakannya tetapi “langkah sementara” (provisional measures) yang terlibat biasanya diutamakan berbanding kes-kes lain dan keputusan biasanya dibuat agak cepat iaitu dalam beberapa minggu.
ICJ boleh memerintahkan semua langkah diminta Afrika Selatan. Ia boleh menolak dari memerintahkan apa-apa, memerintahkan sesuatu berbeza sama sekali atau memutuskan ia tidak kompeten untuk dihakimi.
Profesor undang-undang City University of London, Mazen al-Masry berkata kemungkinannya adalah besar untuk mahkamah menerima permintaan Afrika Selatan supaya pertempuran itu dihentikan sementara.
“Persoalan yang kekal adalah: Apakah kandungan keputusan itu? Adakah sesuatu yang serupa dengan apa yang dikeluarkan untuk Russia dan Ukraine menghentikan pertempuran?
“Adakah ia berkaitan dengan kemasukan bantuan kemanusiaan? Atau mewajibkan Israel untuk berperang mengikut piawaian undang-undang antarabangsa?
“Inilah yang akan kita pelajari pada hari-hari mendatang,” kata al-Masry dipetik The New Arab.
Beliau berkata ia mungkin mengambil masa dari seminggu sehingga dua bulan.
Selepas mahkamah memutuskan sama ada akan menggunakan langkah kecemasan atau tidak, barulah ia akan melihat kes yang lebih luas “mengikut merit” berkaitan dakwaan Afrika Selatan bahawa Israel melanggar Konvensyen Genosid Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB).
Keputusan kes yang lebih luas “mengikut merit” sebaliknya mungkin akan mengambil masa beberapa tahun.
Berkenaan kemungkinan keputusan mahkamah memihak kepada Afrika Selatan, peguam dan penyelidik undang-undang, Alaa Mahajna memberitahu Al-Araby Al-Jadeed bahawa tidak ada badan kehakiman nasional atau antarabangsa bebas dari segi politik.
“Hakim-hakim dipengaruhi kedudukan-kedudukan negara asal mereka… mereka secara tidak sedar dipengaruhi apabila topik itu berkaitan dengan isu politik dan berada dalam agenda media secara meluas, dengan adanya polarisasi sekelilingnya dalam masyarakat – terutamanya di negara yang bersekutu dengan Israel, walaupun pendapat umum negara-negara ini menentang peperangan,” kata Mahajna. – The Merdeka Times
